Fahami Maksud Sebenar 8 Jenis Warna Baju Banduan Di Penjara Malaysia

Maksud sebenar warna baju penjara

Sering kali kita melihat baju dipakai banduan yang dikenakan hukuman penjara kan. Sebenarnya, setiap warna baju itu tersimpan maksud yang melambangkan peringkat kesalahan mereka. Jom kita kenali maksud disebalik warna-warna ini.

1) UNGU

Baju ungu adalah untuk tahanan reman. Orang Kena Tuduh (OKT) yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah. Selagi hukuman tidak diputuskan, mereka akan kekal direman kecuali jika dijamin. Ada juga penghuni yang tiada peruntukan jaminan atas pendakwaan kes-kes yang berat dimahkamah.

Baju penjara warna ungu

2) PUTIH

Advertisement

Baju dan seluar putih pula diperuntukkan kepada banduan yang menjalani hukuman singkat dibawah tempoh 6 bulan atas pelbagai kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah.

Mereka perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.

Baju penjara warna putih

3) MERAH

Baju merah dikhaskan buat penghuni penjara yang menjalani hukuman lama iaitu 6 bulan ke atas, merah adalah warna baju peringkat pertama.

Ia juga disebut peringkat ‘kolar merah’ Mereka perlu memakainya selama tempoh 3 bulan dan mengikuti program pemulihan yang dinamakan Program Permodalan Insan (PPI).

Kebiasaanya, banduan ini bermula dengan Fasa Orientasi dan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum ke Fasa yang seterusnya.

baju penjara warna merah

4) HIJAU

Kolar hijau adalah peringkat kedua yang akan dipakai selepas 3 bulan sehingga 18 bulan (1 tahun, 6 bulan) menghuni penjara. Kebanyakan mereka menjalani program (PPI) Fasa 2.

Ini adalah Fasa Pengukuhan Sahsiah yang mengandungi 2 bahagian pembelajaran dinamakan ‘Halaqah’ untuk agama dan ‘Therapeutic Community’ untuk terapi kemasyarakatan.

baju penjara warna hijau

5) BIRU

Peringkat ‘kolar biru’ pula adalah mereka yang telah menghuni lebih 18 bulan. Dikalangan ‘kolar biru’ ini adalah mereka yang menjalani hukuman lama termasuk ‘banduan seumur hidup’ dan ‘banduan hayat’.

Mereka telah menghabiskan fasa pembelajaran PPI dan layak untuk bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan di dalam penjara.

baju penjara warna biru

6) HIJAU FLORESCENT

Peringkat ‘hijau terang’ atau ‘hijau florescent‘ merujuk kepada banduan ‘Pra-Bebas’. Mereka asalnya memakai baju merah, hijau atau biru.

Pun begitu, banduan ini terdiri daripada penghuni yang mempunyai baki hukuman kurang 3 bulan sebelum dibebaskan dan dipilih bekerja di kawasan luar persekitaran penjara dibawah seliaan pegawai penjara.

Kebiasaanya, banduan yang bekerja dibawah Program Pemulihan Pemasyarakatan juga memakai warna baju yang sama.

baju penjara warna fluorescent

7) PUTIH DENGAN KOLAR DAN LENGAN MERAH

Untuk pengetahuan semua, peringkat baju ini amat digeruni semua. Mereka yang memakainya dikategorikan sebagai ‘banduan akhir’ (BA).

Mereka adalah penghuni yang sedang dalam proses sama ada untuk menjalani hukuman gantung atau menunggu keputusan rayuan Mahkamah Agong agar dikurangkan ‘hukuman mati’ kepada ‘hukuman hayat’.

baju penjara warna hijau merah

8) OREN

Fasa ini, mereka belum dikategori banduan. Ia baju lokap polis dan masih dibawah tahanan polis sepenuhnya atau dipanggil Orang Kena Tuduh (OKT).

baju penjara warna orenDapat sesuatu tak? Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Lepasni dah lebih tahu jenis-jenis warna baju banduan ni kan.

SUMBER

Comments

comments

SOURCEFacebook