Fakta Menarik Mengenai Fesyen Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

1095

Kota Paris antara lokasi yang sering dikaitkan dengan dunia fesyen atau kota fesyen. Walaupun tempat lain seperti London dan New York sering mengadakan Fashion Week tapi tak dapat nak kalahkan Paris Fashion Week yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat fesyen.

Istimewa untuk peminat fesyen, kami senaraikan antara fakta menarik mengenai dunia fesyen yang mungkin tidak tahu.

Kening on fleek

Ramai fashionista kini yang takkan berani keluar rumah tanpa mekap yang sempurna. Bila disebut tentang ‘perfect makeup‘, semestinya kami maksudkan kening yang on fleek.

Walaupun sekarang trend melukis kening tapi sewaktu zaman Renaissance dulu adalah sebaliknya. Mereka biasanya akan mencukur keseluruhan kening! Contohnya seperti yang kita dapat dilihat pada potret Mona Lisa.

Peraga baju menggunakan patung

Model manusia yang memperagakan baju hanya wujud bermula tahun 1853. Sebelum dari tahun itu, pereka fesyen akan membuat pakaian dalam bentuk saiz kecil untuk diperagakan oleh patung sahaja.

Skirt antara pakaian tertua dalam sejarah

Walaupun digunakan secara meluas hari ini tetapi skirt merupakan pakaian yang kedua tertua di dunia. Pada tahun 1600-an ke 1700-an ianya digunakan oleh golongan perempuan dan juga lelaki.

Sneakers pertama dihasilkan

Pada tahun 1892, The US Rubber Company adalah syarikat pertama yang menghasilkan kasut daripada getah bersama canvas di bahagian atas yang dipanggil Keds.

Evolusi sneakers mula berkembang pada tahun 1917. The Marquis Converse juga menghasilkan sneakers yang pertama pada tahun itu yang dipanggil Converse All-Stars, digunakan untuk permainan basketball.

Ianya kemudian disokong oleh pemain basketball terkenal, Chuck Taylor dan kasut itu dinamakan sebagai Chuck Taylor All-Stars.

Memakai pakaian hitam

Pada abad ke 19, adalah sesuatu yang asing atau janggal jika anda memakai pakaian hitam selain daripada di majlis pengebumian.

Tradisi memakai pakaian hitam untuk majlis pengebumian di Barat bermula dari zaman Victoria. Kaum wanita pada waktu itu perlu memakai pakaian hitam selama dua tahun jika kematian suami.

Gaun pengantin terpanjang di dunia

Gaun pengantin sepanjang 8km yang boleh menutup Gunung Everest ini merupakan gaun terpanjang di dunia. Disahkan oleh Guinness Book of World Records, gaun ini mengambil masa dua bulan untuk dihasilkan di Caudry, salah satu bandar yang terkenal dengan lace di Paris.

Kasut tumit tinggi

via GIPHY

Pada tahun 1580, kaum lelaki memakai kasut tumit tinggi semasa menaiki kuda untuk mendapatkan keseimbangan kerana ia membantu daripada kaki tergelincir dari tempat pemegang kaki. Namun, semasa Revolusi Perancis trend ini dihentikan serta merta.

Sumber: Did You Know Fashion

Comments

comments