Fakta Ringkas Tentang Kebakaran Hutan Di Australia Yang Telah Mengorbankan 500 Juta Haiwan

kebakaran hutan australia

Australia kini sedang bertarung dengan musim kebakaran hutan yang paling teruk dalam sejarah negara itu. Kebakaran yang bermula sejak September yang lalu telah mengorbankan kira-kira 23 nyawa dan berjuta haiwan turut terkorban.

Pihak berkuasa Australia masih lagi cuba membendung kebakaran dengan bantuan daripada beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat. Perubahan iklim antara faktor yang menyebabkan bencana alam ini semakin memburukkan.

Musim kebakaran di Australia

kebakaran hutan australia

Kebakaran telah merebak antara timur dan selatan Australia di mana lokasi terletaknya majoriti populariti penduduk. Ini termasuk lah kawasan sekitar Sydney dan Adelaide. Manakala di New South Wales, kira-kira kawasan seluas empat juta hektar yang terbakar.

Advertisement

Australia sememangnya sering mengalami musim kebakaran tetapi tahun ini kebakaran menjadi lebih teruk dari biasa. Faktor utama adalah disebabkan cuaca dimana fenomena Indian Ocean Dipole berlaku yang menyebabkan cuaca panas dan kering.

Australia juga mencatatkan suhu purata tertinggi 40.9C pada 17 Disember yang lalu dan kemudiannya memecah rekod dengan bacaan 41.9C keesokan harinya di mana situasi ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pada Disember yang lalu juga, kepulan asap yang sangat dahsyat direkodkan di Sydney dengan kualiti udara mencatat 11 kali tahap ‘bahaya’. Kepulan asap tebal turut menyelubungi bandaraya besar Australia seperti Melbourne dan Sydney.

Populasi haiwan menurun

koala australia

New South Wales yang juga mempunyai populasi penduduk yang ramai itu mengalami kerosakan struktur dengan kemusnahan 1,300 buah rumah dan 440 buah rumah rosak. Ini bermakna beratus penduduk kehilangan tempat tinggal mereka akibat kebakaran ini.

Kebakaran ini bukan sahaja menjejaskan tempat tinggal penduduk setempat malah habitat haiwan juga turut terjejas. New South Wales adalah kawasan yang paling terjejas teruk dengan kira-kira 500 juta haiwan yang terkorban di kawasan itu sahaja.

Sebanyak 8,000 ekor koala terkorban iaitu kira-kira satu pertiga koala yang ada di New South Wales. Manakala, sebanyak 30 peratus habitat koala turut musnah dalam kebakaran kali ini.

Pada Hari Krismas yang lalu, pekerja di Hospital Koala Port Macquarie bertungkus lumus merawat koala yang tercedera, antaranya termasuk 72 yang dimasukkan ke hospital.

kebakaran hutan australia

kebakaran hutan australia

Mungkin berlarutan

Walaupun hujan sudah mula turun di Australia dan suhu mulai turun, pihak berkuasa Australia memberi amaran ‘gelombang’ kebakaran akan berlaku sekali lagi. Pihak berkuasa juga maklumkan suhu akan mula naik pada hari Khamis ini seperti jangkaan.

kebakaran hutan australia

Keadaan langit bertukar menjadi kuning di beberapa kawasan sejak semalam dan penduduk yang kehilangan tempat tinggal mencari tempat perlindungan. Kebanyakan penduduk berteduh di sekitar kawasan berhampiran pantai atas nasihat pihak berkuasa.

Seorang penumpang penerbangan melihat satu imej kepulan awan besar di atas kawasan New South Wales. Penumpang yang di dalam perjalanan dari Sydney ke Melbourne itu melihat kepulan awan atau pyrocumulonimbus clouds. Kepulan yang disebabkan oleh api itu terbentuk dari udara panas yang naik dari api berasaskan tanah.

kebakaran hutan australia

Agak sukar untuk meramalkan bilakah ianya akan berakhir kerana Australia baru sahaja memasuki musim panas. Jika diikutkan, suhu tertinggi biasanya dicatat pada bulan Januari dan Febuari.

Pada masa ini, New South Wales yang terjejas teruk sudah diisytiharkan darurat oleh pihak berkuasa. Ini bermaksud satu “kuasa luar biasa” telah diberikan kepada pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Luar Bandar New South Wales, termasuk untuk memperuntukkan sumber kerajaan dan agensi kerajaan langsung dalam mengambil tindakan.

Sumber

Comments

comments