FamilyMart Hadiahkan Aiskrim Percuma Untuk ‘December Babies’ Bulan Ini

15930

Ini pastinya berita yang menggembirakan kepada mereka yang lahir pada bulan Disember atau lebih senang dipanggil ‘December Babies’. Berita baiknya, FamilyMart akan memberikan aiskrim percuma istimewa untuk mereka yang lahir pada bulan ini.

Anda boleh memilih apa-apa perisa untuk aiskrim Sofuto kegemaran anda!

familymart
Kredit: FamilyMart

Untuk anda dapatkan aiskrim percuma ini, senang sahaja. Cuma download aplikasi FamilyMart di telefon pintar anda.

familymart
Kredit: FamilyMart

  1. Daftarkan diri sebagai ahli.
  2. Tebus baucer hadiah anda di bahagian ‘Reward’
  3. Tunjukkan baucer anda kepada staff FamilyMart.
  4. Staff akan berikan aiskrim percuma anda!

Tapi ingat, ini terhad untuk bulan ini sahaja! Jadi, jangan lupa beritahu kawan-kawan anda yang lahir pada bulan Disember.

Comments

comments