FamilyMart Perkenalkan Aiskrim Perisa ‘Creme Brulee’ Edisi Terhad

Creme brulee merupakan antara makanan terkenal yang perlu dicuba sekiranya berkunjung ke Perancis. Bagi sesiapa yang pernah mencubanya pasti tidak akan dapat melupakan keenakan rasanya.

Sekarang, anda tidak perlu lagi ke sana untuk merasai keenakan rasa creme brulee sebenar. FamilyMart kini menampilkan aiskrim berperisa creme brulee yang pasti memikat selera. Dengan gabungan rasa manis dan berlemak serta gula dibakar yang cair di mulut pasti membuatkan anda kecur air liur.

Aiskrim French Crème Brûlée Sofuto ini telah mula dijual sejak semalam dan hanya ada di dalam waktu terhad sahaja. Ianya boleh beli di kesemua cawangan FamilyMart dengan berharga cuma RM3.90 sahaja. Harga sedikit berbeza di KLIA2 dan Genting.

Advertisement

Jom serbu FamilyMart terdekat hari ini juga sebelum habis.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments