Fenomena Bunga Lalang Jadi Tumpuan

Sebelum ini fenomena jerami gulung telah menarik perhatian ramai orang untuk bergambar di sawah padi. Fenomena lain pula yang terjadi di tepi jalan tidak jauh dari pekan Kuala Ketil yang sebelum ini hanyalah belukar menjadi pemandangan indah apabila dipebuhi dengan tumbuhan bunga lalang.

 

Pemandangan indah itu mula menyerlah selepas kawasan berkenaan terbakar pada Februari lalu. Bukan saja menjadi tumpuan pengunjung malah ada pasangan pengantin yang menjadikannya sebagai lokasi pengambaran.

Advertisement

Pelbagai aksi orang ramai yang bergambar di lokasi bunga lalang. Rata-rata orang ramai yang datang bukan sahaja daripada penduduk Kuala Ketil malah dari serata Kedah dan luar Kedah.

Sementara itu, pemandangan itu memberi peluang kepada jurugambar perkahwinan menadapatkan lokasi menarik untuk sesi fotografi.

Jadi, fenomena bunga lalang yang berwarna putih kekuningan memberi kesan berbeza pada gambar, sekali gus memberikan hasil gambar lebih cantik dan sempurna.

 

Sumber: Hmetro

 

 

 

Comments