Fenomena Pelik Salji Putih Bertukar Hijau Kini Berlaku Di Antartika

Gambar hiasan

Umum mengetahui bahawa benua Antartika adalah kawasan yang dipenuhi oleh litupan ais kutub Bumi dan sentiasa diliputi dengan salji berwarna putih.

Namun, satu fenomena aneh telah berlaku di sana baru-baru ini di mana sebahagian daripada Semenanjung Antartika dikatakan telah berubah warna menjadi hijau. Difahamkan, kejadian ini berlaku kerana berlakunya pertumbuhan alga di sana yang berpunca daripada peningkatan suhu global.

Nature Communication Journal menjelaskan yang salji berwarna hijau itu dapat dilihat dengan jelas dari angkasa lepas di beberapa kawasan.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Advertisement

Gambar hiasan

“Ia adalah komuniti yang berpotensi membentuk habitat baharu.”

Berdasarkan laporan penyelidikan yang didedahkan oleh saintis di United Kingdom (UK) dan ahli Biologi Universiti Cambridge dan British Antartic Survey menyatakan bahawa ia sebagai ‘permulaan ekosistem baharu’ yang berpotensi untuk mewujudkan sumber nutrisi kepada spesis lain.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mereka menghabiskan masa selama 6 tahun menjalankan kajian ke atas fenomena tersebut. Sepanjang penyelidikan, mereka telah mengambil sampel sebanyak 1,679 salji alga hijau berasingan yang meliputi kawasan seluas 1.9km persegi iaitu bersamaan 479 tan pelepasan karbon setahun.

Walau bagaimanapun, alga tersebut hanya banyak ditemui di pulau kecil dan rendah di kawasan utara semenanjung yang sedang berdepan dengan suhu paling panas dunia dan keberadaannya kurang ketara di kawasan selatan yang lebih sejuk.

Pada masa depan, kumpulan penyelidik akan mengukur alga berwarna merah dan jingga serta mengira bagaimana kewujudan bentuk warna-warni itu boleh mempengaruhi kualiti albedo salji yang memantul haba.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments