Fenomena ‘Sakura Kedah’ Datang Lagi

Setiap tahun kita pasti menunggu fenomena bunga tekoma di Negeri Jelapang Padi ini, terutama penduduk yang tinggal dikawasan Kedah. Fenomena yang lebih dikenali sebagai Sakura Kedah ini yang dikatakan mampu menghasilkan suasana yang sama seperti musim bunga sakura Jepun.

sakura kedah
via Astro Awani

Bunga tekoma atau nama saintifiknya tabebuia rosea sudah mula mekar dan telah berjaya mengubah landskap bandar raya di Alor Setar dengan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu putih sejak awal minggu ini. Fenomena ini berjaya mencuri tumpuan pengunjung untuk mencipta kenangan indah bersama insan tersayang.

sakura kedah
via Astro Awani

Jalan Kuala Kedah merupakan kawasan yang mempunya pokok tekoma terbanyak diantara kawasan yang lain iaitu sebanyak 369 batang pokok. Menurutnya lagi, sebanyak 866 batang pokok tekoma sudah menghasilkan bunga yang mekar dan sedang memenuhi jalan utama bandar raya seperti di Jalan Langgar, Jalan Putra dan Jalan Sultan Badlishah.

sakura kedah

Advertisement

Ketahanan bunga tekoma sebelum ia luruh dan berkembang penuh adalah bergantung pada suhu musim kemarau di kawasan Alor setar. Bunga tersebut akan gugur sepenuhnya sekiranya hujan turun.

Seperti yang terjadi pada dua tahun lepas iaitu suhu kemarau mencecah sehingga 38 darjah Celsius bunga tekoma menjadi sangat mekar sehinggakan tiada daun di pokok itu.

Comments

comments