Festival Ma’nene, Raikan Ahli Keluarga Yang Telah Meninggal Dunia

Penduduk di Toraja, Indonesia mempunyai tradisi festival yang pastinya merupakan satu ‘kelainan’ dan mengerikan bagi sesetengah individu.

Mereka akan membawa ahli keluarga atau saudara mara yang telah meninggal dunia keluar dari kubur setahun sekali bagi meraikan kehidupan mereka selepas kematian.

Festival yang diadakan setiap tahun ini dikenali sebagai Ma’nene. Pada hari itu, si mati akan dibawa keluar dari keranda mereka, dibersihkan dan diberi sepersalinan pakaian baru. Saudara-mara dari jauh dan dekat akan datang untuk meraikan Ma’nene.

Advertisement

Mereka akan berpesta seharian sambil bertukar cerita dan melakukan upacara bagi menghormati si mati.

Makanan, air dan juga rokok turut ditawarkan kepada si mati. Ini kerana dipercayai roh itu masih berada dekat dengan tubuh badannya dan si mati sangat merindukan kesemua itu.

Dikatakan kaum keluarga akan menggunakan pengawet bagi mengekalkan bentuk dan tekstur badan si mati.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments