Fesyen Kurta Raya Ini Sangat Pelik, Disamakan Seperti Baju Tidur Dan Pakaian Renang Muslimah

4048

Bulan Ramadhan semakin menghampiri dan tentunya ramai juga yang tidak sabar untuk menantikan kehadiran Syawal yang bakal menjelma. Seperti biasa, ada juga yang sudah memulakan persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri. Paling penting sekali tentulah baju raya. Masa ini lah hendak bergaya dengan fesyen terbaru.

Tidak dinafikan ramai pengusaha dan pereka fesyen menjadikan musim raya sebagai platform untuk mereka memperkenal dan mempamer koleksi pakaian masing-masing. Macam-macam rekaan yang mereka hasilkan.

Baru-baru ini, tular fesyen kurta raya Eidulogy AF yang menarik perhatian netizen.

Kurta itu direka mengikut bentuk badan sehingga menjadi bahan jenaka netizen pula.  Agak pelik kata mereka sehingga ada yang menyamakannya dengan baju tidur dan pakaian renang muslimah.

Macam pakaian renang muslimah 

Apa pula pendapat anda? Ada yang nak cuba fesyen terbaru ini?

Sumber Berita : Twitter

Kredit Foto : Project Two-Pi & Ezq Photo

Comments

comments