Fesyen Rambut Pelik Menyerupai Coronavirus Dapat Sambutan Di Kenya

Gambar hiasan

COVID-19 sangat memberikan kesan kepada ekonomi sekaligus memberikan kesan buruk terhadap sumber pendapatan di seluruh dunia. Pengusaha salon juga tidak terlepas dengan krisis ini, berikutan perniagaan yang terpaksa ditutup sepanjang perintah berkurung sebelum ini.

Namun percaya atau tidak, sebuah salon rambut di Kenya kini berjaya bangkit dan memperoleh pendapatan lumayan setelah memperkenalkan fesyen rambut gaya Coronavirus atau COVID-19.

Difahamkan, ini adalah inisiatif baru pengusaha salon di negara itu untuk keluar daripada masalah yang sedang mereka hadapi, iaitu dengan mencipta gaya rambut terbaru yang diinspirasikan dari rupa virus yang boleh mematikan itu.

Gaya rambut covid-19

Menurut salah seorang pengusaha salon tersebut, seramai tiga orang pekerjanya telah bersedia membuat gaya rambut itu kepada para pelanggan yang hadir, dengan bayaran serendah AS$1 (RM4.34) sahaja.

“Gaya rambut ini jauh lebih berpatutan untuk orang macam kami. Kami mahu anak-anak kami kelihatan bergaya.”

Gaya rambut covid-19

Bagi menghasilkan gaya rambut itu, rambut pelanggan akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Kemudian mereka akan memusing mengikat satu persatu dengan benang hitam sehingga ikatan rambut menjadi tegak dan melawan graviti dan akhirnya kelihatan sama seperti coronavirus.

“Gaya ini sangat ringkas dan murah untuk dilakukan pada setiap orang,” kata seorang pendandan rambut, Diana Andayi.

Difahamkan, gaya rambut unik ini pernah wujud sebelum ini di sana. Namun, setelah munculnya COVID-19, gaya rambut ini kembali popular.

Untuk makluman, ketika ini salon rambut di negara itu sudah dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Sumber

Comments

comments