Filem-Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Yang Wajib Anda Tonton

796

Selain daripada lagu dan drama Korea, filem-filem Korea juga mandapat sambutan yang hangat di seluruh dunia. Dengan jalan cerita yang menarik dan teknologi-teknologi filem yang tinggi, kualiti filem mereka juga boleh disamakan  dengan fillem-filem bertaraf dunia.  Berikut adalah merupakan 10 filem Korea yang berdasarkan kisah sebenar yang wajib anda tonton. Sudah tentulah ada sedikit pengubahan cerita bagi membuatkan filem-filem ini terbaik untuk dilayan.

1. Silenced (2011)
silenced

Juga dikenali sebagai The Crucible, filem ini adalah berdasarkan novel oleh Gong Ji Young. Filem ini dispirasikan dari kisah benar yang berlaku di sekolah cacat Gwangju Inhwa dimana pelajar-pelajarnya menerima gangguan seksual dari staf sekolah selama 5 tahun pada awal tahun 2000an.

Cikgu-cikgu sekolah tersebut hanya menerima hukuman minima dan yang lebih menyedihkan 4 daripada 6 pesalah telah terlepas dari hukuman dan diberi peluang untuk bekerja kembali dengan sekolah tersebut. Baki 2 pesalah lagi hanya dikenakan penjara kurang dari setahun.

Selepas filem ini ditayangkan orang-orang awam marah dan menyebabkan kes ini telah dibuka balik oleh polis pada tahun tersebut.

Pelakon Utama dalam filem ini adalah Gong Yoo dan Jung Yu Mi.

2. Memories of Murder(2003)

Memories of MurderMemories of Murder adalah berdasarkan kisah benar mengenai pembunuhan bersiri di Wilayah Kyeonggi.

Dari Oktober 1986 hingga April 1991, mangsa wanita dari 14 hingga 71 tahun telah diikat dan dibunuh. Ada yang mengatakan pembunuhan bersiri ini adalah seperti ‘Zodiac Killer’

Walaupun dalam filem ini tidak menyatakan jumlah kematian sebenar namun pihak berkuasa menjumpai 10 pembunuhan yang serupa. Bukti forensik menunjukkan suspek adalah seorang lelaki dalam umur 20an, tinggi dari 165cm hingga ke 170cm dengan jenis darah B.

3. Han Gong Ju (2013)

Han Gong Ju‘The Miryang Rape’ yang telah terjadi di sekolah menengah di Korea pada tahun 2004 telah menyaksikan sekurang-kurangnya 41 peajar lelaki sekolah tinggi merogol beramai-ramai beberapa pelajar sekolah perempuan dalam tempoh 11 bulan.

Yang lebih menimbulkan kontroversi adalah bagaimana polis tidak menolong mangsa bahkan mangambil mudah kesalahan pelaku seperti insiden tersebut adalah perkara ringan.

Kesudahannya mahkamah hanya mengarahkan 5 suspek ke pusat juvana dan tiada seorang pun yang dijatuhkan hukuman jenayah.

4. Hope(2013)

HopeHope adalah berdasarkan cerita kes Nayoung pada tahun 2008.

Nayoung adalah nama seorang budak perempuan 8 tahun yang telah dijumpai hampir mati di tandas awam. Kemudian pihak berkuasa telah menghukum seorang lelaki berumur 57 tahun yang mepunyai sejarah serangan seksual atas kesalahan merogol dan memukul Nayoung.

Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas pesalah dan Nayoung telah mengalami kecederaan teruk yang kekal.

5.Children (2011)

children

Filem ini menceritakan tentang 5 budak lelaki yang pergi ke gunung Waryong untuk menangkap katak pada cuti hari kebangsaan dan tidak pernah pulang. Ia telah menjadi liputan besar media pada masa itu.

Kumpulan itu telah hilang pada 26 Mac 1991 namun mayat mereka hanya dijumpai 11 tahun kemudian.

Punca utama kematian dipercayai oleh sebab hipotermia namun selepas siasatan lanjut bukti menunjukkan ada kesan hentakan pada tengkorak kepala dan salah seorang dari mereka ditembak dengan senapang.

Sehingga kini kes ini masih belum dapat diselesaikan.

6. Way Back Home (2013)

way back homePada tahun 2004, pihak imigresen Perancis telah menahan seorang surirumah bangsa Korea bernama Jang Mi Jeon sebaik sahaja dia tiba di lapangan terbang Paris Orly.

Wanita itu mengatakan bahawa kawannya yang sudah dikenali lebih 10 tahun telah meminta tolong daripadanya untuk membawa satu bag batu berlian ke Perancis.

Namun di dalam beg yang dibawanya rupa-rupanya adalah 17 kilo dadah kokain bukannya batu berlian.

7. The Case of Itaewon Homicide (2009)

ItaewonFilem yang mengisahkan dua kawan menjadi suspek pembunuhan di Itaewon. Arthur Patterson dan Edward Lee telah dituduh menikam hingga mati seorang pelajar Kolej Hongik Jo Jung Pil pada tahun 1997.

Lee telah dibebaskan selepas setahun kerana tidak cukup bukti. manakala Patterson dimana ayahnya merupakan bekas pegawai askar Amerika telah dibebaskan dengan pengampunan.

Selepas filem ini ditayangkan, keluarga mangsa telah menuntut untuk kes dibuka kembali dan bukti DNAmenunjukkan Patterson adalah pembunuh sebenarnya.

Filem  ini menampilkan Jang Geun Suk sebagai Robert J Pearson (watak Patterson) untuk penampilan pertamanya dalam watak berbahasa Inggeris.

8. Jiseul (2012)

jiseul

Jiseul berkisarkan cerita ‘Jeju Massacre’ iaitu kisah pemberontakan di Jeju Island selepas kempen anti komunis yang bermula dari 3 April 1948 sehingga Mei 1949.

Cerita ini lebih memfokuskan kepada sekumpulan penduduk kampung yang menyorok dari serangan tentera di dalam gua selama 60 hari.

Jiseul bermaksud kentang dalam dialect jeju, sumber makankan mereka ketika di dalam gua.

Filem ini juga telah menerima anugerah di ‘2013 Sundance Film Festival’.


9. The Chaser (2008)

chaser

The Chaser adalah filem yang berkisarkan tentang Yoo Young Chul, seorang pembunuh bersiri dan mengaku dirinya adalah kanibal.

Yoo mengaku telah membunuh 21 orang , kebanyakannya adalah pelacur, tukang urut dan orang-orang tua yang kaya.walaupun dia hanya telah disabitkan kesalahan membunuh 20 orang.

Pengarah terkenal Christoper Nolan telah menyatakan bahawa filem ini adalah filem korea yang paling disukainya.


10. Voice of Murderer (2007)

voice of murdererFilem yang berdasarkan kisah penculikan Budak 9 tahun Lee Hyung Ho pada 29 Januari 1991.

Walaupun 87 panggilan telah dibuat kepada ibu bapa mangsa untuk wang tebusan sebanyak 75000 USD, mayat Lee telah dijumpai selepas 44 hari diculik. Yang lebih tragik, Lee sebenarnya telah dibunuh selepas 2 hari penculikan.

Comments

comments