Filem Joker Cetuskan Kontroversi Dengan Kandungan Terlalu ‘Disturbing’ Bagi Penonton

1523

Filem Joker yang baru ditayangkan minggu lalu sememangnya mendapat sambutan yang luar biasa dari peminat di seluruh dunia. Dilaporkan juga, Joker telah berjaya mengutip US$93.5 million (RM391 juta) setakat ini.

Namun disebalik kejayaan ini, ada beberapa kontroversi yang berlaku selepas penayangan filem ini. Beberapa penonton berasakan kandungan filem ini terlalu ‘disturbing’ dan ‘trigerring’ dan tidak sesuai untuk tayangan R-rated.

Walaubagaimanapun, pelakonnya Joaquin Phoenix dan pengarah Todd Phillips membantah dakwaan itu dan mengatakan penonton kini bijak untuk membezakan perkara baik dan buruk.

joker
Tetapi nampaknya tidak semua dapat menerima filem ini yang dikatakan mengagungkan kekerasan dan seolah menggalakkan mass shooting berlaku dalam masyarakat. Sepanjang penayangan pada hujung minggu lalu, walaupun tiada keganasan di pawagam dilaporkan tetapi pihak polis tetap mengawal ketat sebagai langkah berjaga-jaga.

Di New York, seorang lelaki ditahan di pawagam selepas meludah pada penonton  dan bersorak setiap kali babak Joker membunuh seseorang. 

joker
Oleh kerana bimbang perkara buruk berlaku, lelaki tersebut dibawa keluar dari pawagam oleh pihak polis. Ada saksi yang melihat lelaki itu menuangkan botol tequila di dalam minumannya sebelum cerita bermula.

“Jangan tonton Joker kalau anda jenis yang senang terpengaruh. Ini bukan untuk semua orang. Sangat menganggu dan provokasi”



Namun, ada juga yang tidak bersetuju kerana menganggap Joker membantu memberikan kesedaran tentang isu kesihatan mental dalam masyarakat.

joker
Filem Joker mengisahkan tentang Arthur Fleck yang pada waktu siang bekerja sebagai badut dan sebelah malamnya sebagai pelawak solo. Tetapi unsur humour yang dibawanya tidak diterima oleh masyarakat. Bermula daripada layanan masyarakat padanya telah mendorong Arthur melakukan keganasan.

Sumber: NST

Artikel berkaitan: Penambahan Babak Baru Dalam Trailer Terakhir Filem Joker Buat Penonton Semakin Bingung

Comments

comments