Filem Spiderman: Far From Home Kembali Semula Ke Pawagam Dengan Tambahan 4 Minit Babak Baru

1443

Nampaknya untuk mereka yang telah menonton filem Spiderman: Far From Home anda perlu kembali semula ke pawagam kerana terdapat 4 minit tambahan babak bagi versi extended cut ini. Mengikut jejak langkah Avengers: End Game, versi kali ini akan ada penambahan babak yang belum pernah ditayangkan di mana-mana.

via GIPHY

Spiderman: Far From Home merupakan filem kutipan tertinggi mengatasi filem Skyfall (2012) dengan kutipan sebanyak $1.109 billion berbanding $1.108 billion untuk Skyfall. Nampaknya, penambahan babak baru ini juga dilihat sebagai satu taktik untuk menaikkan jumlah kutipan.

Sony tidak mendedahkan apa-apa maklumat mengenai babak yang akan ditayangkan. Berbeza dengan Avengers: End Game, tayangan kali ini tidak hanya menayangkan satu babak tetapi beberapa babak baru.

Nampaknya untuk mereka yang sudah menonton, anda perlu kembali menonton semula untuk tahu babak apakah yang akan ditambah. Tayangan kedua Spiderman: Far From Home akan ditayangkan selama seminggu bermula 30 Ogos – 5 September di Amerika Syarikat. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ianya akan ditayangkan di Malaysia atau tidak.

via GIPHY

Comments

comments