Finas Gesa Kerajaan Kaji Kandungan Netflix

3661

Sejak mula Netflix memasuki Malaysia, servis penstriman ini berjaya mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para pengguna.

Ini kerana Netflix menawarkan siri dan filem popular serta Netflix Originals antara yang membuatkan servis ini menjadi pilihan.

Bagi anda yang melanggan Netflix, pasti mengetahui bahawa kandungan dalam filem yang ditayangkan tidak ditapis seperti disiaran televisyen dan bioksop tempatan.

Oleh itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyuarakan isu ini kepada Lembaga Penapisan Filem.

FINAS menerusi ketua pegawai eksekutifnya Ahmad Idham menggesa kerajaan menapis kandungan Netflix.

Beliau menyarankan agar satu akta perlu diwujudkan untuk mengawal selia kandungan filem atau program yang disediakan platform digital, terutamanya video atas permintaan (VOD) atau penyedia penstriman video.

penstremen video

Katanya, tindakan itu perlu memandangkan kandungan digital seperti Netflix tidak ditapis, selain mempunyai rangkaian lebih meluas berbanding rangkaian televisyen tempatan.

Kalau kita kawal kandungan di platform media tempatan saja, tetapi kandungan (dalam talian) program antarabangsa terbuka kepada sesiapapun, ia akan tetap merisikokan pembangunan minda anak-anak kita.

Apa yang disuarakan oleh beliau bukanlah perkara baharu. Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada waktu tersebut iaitu Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak mengumumkan kandungan yang ditawarkan oleh Netflix perlu ditapis selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh SKMM.

Namun sehingga kini penapisan tidak dilakukan. Apa pendapat anda sebagai pengguna Netflix di Malaysia, Wajarkah kandungan Netflix ditapis?

Comments

comments