‘First Come First Served’ – Dr Noor Hisham Umum Tempahan Vaksin Dibuka Mulai Esok

Tempahan vaksin boleh mula dibuat

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham mengumumkan tempahan untuk vaksin keluaran Oxford, iaitu AstraZeneca di negara akan dibuka pada 2 Mei.

Dalam satu ciapan di Twitter, beliau menjelaskan tempahan vaksin berkenaan dibuat berdasarkan ‘first come first served basis’. Terdapat beberapa syarat yang ditetapkan bagi tempahan esok antaranya pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.

Sementara itu, tempahan hanya dibuka untuk mereka yang telah mendaftar vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini. Pemohon juga mestilah menetap di Kuala Lumpur atau Selangor. Anda boleh layari www.vaksincovid.gov.my untuk membuat tempahan.

vaksin AstraZeneca

Advertisement

SUMBER

Comments

comments

SOURCESiakapKeli