Forever 21 Bakal Failkan Notis Bankrap, Sebanyak 178 Cawangan Di Seluruh US Akan Ditutup

989

Siapa sahaja yang tak kenal dengan jenama pakaian Forever 21 yang popular sebelum kemasukan Uniqlo dan H&M di Malaysia. Kini, jenama hebat itu mengalami masalah untuk kekal dalam industri dengan kehadiran pesaing yang sedia ada.

Forever 21 bakal memfailkan notis perlindungan bankrap kerana mempunyai masalah untuk terus beroperasi kerana peningkatan kadar sewa.

Notis yang difailkan di bawah Chapter 11 perlindungan kebankrapan yang membolehkan syarikat itu untuk kekal beroperasi sementara mendapatkan penyelesaian untuk membayar semula hutang mereka.

Sebelum ini syarikat Forever 21 menerima dana sebanyak USD 275 juta daripada JPMorgan Chase & Co sebagai ejen. Juga dana dari TPG Sixth Street Partners sebanyak USD 75 juta.

Dengan notis bankrap yang difailkan akan membantu Forever 21 menutup cawangan yang tidak menguntungkan dan mengecilkan operasi mereka. Untuk pengetahuan anda, Forever 21 masih lagi kekal sebagai penyewa terbesar di pusat membeli belah seluruh Amerika Syarikat.

Oleh kerana masalah ini, Forever 21 dikhabarkan akan menutup 178 cawangan mereka di seluruh United States. 

Menurut sumber juga, Forever 21 berkemungkinan menutup cawangan di seluruh Asia dan juga Eropah sekiranya keadaan semakin memburukkan.

Sumber: NST

Comments

comments