(Foto) 14 Ekor Gajah Tertidur Di Ladang Teh Setelah Terminum 30KG Wain Jagung

Ketika penduduk dunia sedang menjalankan ‘social distancing’, lain pula perkara yang terjadi di sebuah kampung di daerah Yunan, China apabila 14 ekor gajah memecah masuk kampung tersebut untuk mencari makanan.

Namun apa yang mencuit hati ialah apabila terdapat gambar yang dikongsikan di laman Facebook menunjukkan gajah tersebut sedang tudur nyenyak dalam ladang teh berhampiran kampung tersebut. Difahamkan gajah tersebut tanpa sengaja telah terminum hampir 30 kg wain jagung yang terdapat disitu.

gajah

Rata-rata komen netizen mengatakan perkara tersebut lucu untuk ditonton oleh semua. Ada juga yang berkongsi pengalaman berjumpa dengan haiwan yang tidak sengaja termakan makanan yang mampu mengkhayalkan.

Terdapat komen yang mendapat ‘like’ terbanyak dengan memberi pendapat bahawa perkara ini tidak patut terjadi kerana habitat gajah tersebut telah diceroboh lantas haiwan tersebut datang ke kampung itu untuk mencari makanan. Ini menandakan bahawa sumber makanan di dalam hutan sudah berkurangan.

gajah

Ada kebenaran juga disebalik pendapat yang dikongsikan apabila melihat banyak haiwan telah kehilangan habitat semulajadi mereka kerana pembangunan tanah yang pesat dan juga aktiviti pertanian secara besar-besaran.

Perkongsian ini walau bagaimanapun telah mendapat 258 ribu share dan menerima 57 ribu komen oleh warga net.

Sumber 

Comments

comments