(Foto) Annuar Musa Tak Patuh SOP, Penganjur Tampil Mohon Maaf Perjelas Isu

Berikutan penularan gambar yang dikatakan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penganjur program pertanian bandar yang dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa memohon maaf dan tampil memperjelaskan isu.

Dalam kejadian itu, Kelab Pencinta Alam Kolam Takungan Banjir Sungai Midah memohon maaf kepada Annuar dan orang ramai kerana gagal mematuhi SOP ketika menjemput menteri melawat tapak projek komuniti mereka.

“Saya bagi pihak masyarakat di sini meminta minta maaf kepada Tan Sri (Annuar) dan rakyat Malaysia. Kita akui itu kelemahan kita”

Ujar penganjur tersebut, Tan Sri dijemput untuk minum di pondok kebun pertanian dalam bandar hanya seketika sahaja.

“Tan Sri dah ingatkan (gambar tak patuh SOP) nanti akan tular, sebab itu dia cepat-cepat berlalu,” kata pengerusinya, Zainuddin Amran ketika dihubungi.

Pun begitu, Annuar sekali lagi didakwa melanggar SOP PKP selepas gambar bersama enam yang lain duduk di dua meja jamuan tersebar di media sosial.

Advertisement

Foto itu memaparkan sepanduk menyambut Annuar ke majlis program pertanian bandar bertarikh semalam.

Terbaru, kerajaan telah memberi kebenaran untuk makan bersama, tetapi terhad kepada dua orang bagi setiap meja serta dengan jarak satu meter.

Memberi penjelasan berkenaan gambar itu, Annuar berkata dia cuma duduk sebentar di situ.

“Tadi semasa di ladang, saya duduk sekejap dan pindah kerana penganjur tak ikut SOP”

Annuar Musa turut menjelaskan bahawa dia bukannya tidak sudi atau tidak menghargai tuan rumah, tetapi belia sedar akan kepentingan SOP.

“Saya mohon maaf, diharap tiada yang tersinggung”

Dalam pada itu Zainuddin berkata pihaknya menjemput Annuar untuk melihat kolam takungan banjir dan kebun bandar.

“Program sekejap saja Tan Sri singgah, SOP lain kami patuhi”

Menurut penganjur, pihak polis juga telah menghubunginya untuk mengambil keterangan berhubung kejadian itu.

Comments

comments