Foto Apple Card Telah Bocor Di Media Sosial

2052

Sejak minggu lepas lagi beberapa orang pekerja Apple Inc. dikatakan telah mendapat produk terbaharu keluaran syarikat itu iaitu Apple Card.

Menurut seorang pengguna di Twitter, Ben Geskin telah memasukkan beberapa gambar dan sampul pembelian yang didakwa merupakan Apple Card di laman Twitter milknya.

Dipetik dari Awani, Geskin merupakan salah seorang pembocor maklumat produk Apple sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau turut menyatakan bahawa dia telah menukar nama di atas kad berkenaan kerana ingin melindungi identiti pekerja-pekerja Apple yang berkongsi imej kad berkenaan dengan beliau.

 

Sampul ‘pembelian’ yang didatangkan dengan kad berkenaan juga mempunyai proses ‘berpasangan’ yang sama dengan AirPods, dengan arahan untuk menyatakan ‘hidupkan iPhone dan pegang di sini’.

Apple Card adalah kad kredit yang dikeluarkan oleh Apple dan Goldman Sachs bersama mod pembayaran dengan MasterCard.

Kad kredit ini datang dalam dua bentuk secara bersama, iaitu secara digital (yang diselaraskan dengan Apple Pay) dan secara fizikal (dalam bentuk kad titanium).

Kad ini tidak mempunyai 16 nombor pengecam kad kredit selain tidak mempunyai tiga nombor sekuriti CVV, kerana identiti kad kredit milik Apple ditentukan secara digital melalui ciri keselamatan Apple Pay.

Antara ciri-ciri keselamatan yang ada adalah cip buatan khas yang mendiami kad kredit itu sendiri, dan juga ciri keselamatan yang ada di dalam iPhone milik pengguna.

Apple kad diumumkan akan dilancar pada musim panas ini, iaitu sekitar bulan Julai dan Ogos.

Sampul ‘pembelian’ yang didatangkan dengan kad berkenaan juga mempunyai proses ‘berpasangan’ yang sama dengan AirPods, dengan arahan untuk menyatakan ‘hidupkan iPhone dan pegang di sini’.

Apple Card adalah kad kredit yang dikeluarkan secara bersama oleh Apple dan Goldman Sachs bersama mod pembayaran dengan MasterCard.

Kad kredit ini datang dalam dua bentuk secara bersama, iaitu secara digital (yang diselaraskan dengan Apple Pay) dan secara fizikal (dalam bentuk kad titanium).

Kad ini tidak mempunyai 16 nombor pengecam kad kredit selain tidak mempunyai tiga nombor sekuriti CVV, kerana identiti kad kredit milik Apple ditentukan secara digital melalui ciri keselamatan Apple Pay.

Antara ciri-ciri keselamatan yang ada adalah cip buatan khas yang mendiami kad kredit itu sendiri, dan juga ciri keselamatan yang ada di dalam iPhone milik pengguna.

Apple kad diumumkan akan dilancar pada musim panas ini, iaitu sekitar bulan Julai dan Ogos.

Comments

comments