Foto Persona MC2 dan Iriz Active Bocor!

Proton telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan Persona MC2 dan Iriz Active pada 5 Ogos ini. Walaubagaimanapun, terdapat foto bocor yang diperoleh bagi kedua-dua model versi dipertingkatkan ini tersebar.

Koleksi foto tersebut telah dikongsi oleh rakan pembaca portal Funtasticko sendiri yang bernama Akira Vac namun tidak menyatakan dari mana foto itu diambil.

Persone MC2

Kalau korang tengok muka depan bagi kedua-dua model versi dipertingkatkan ini memang nampak kemas berbanding versi yang sebelum ini kan? Bukan tu je, logo Proton baharu juga dikenakan pada kedua-duanya.

Advertisement

Iriz Active
Untuk Iriz Active, jelas kelihatan yang Proton menggenakan bodykit gaya crossover seperti Axia Style, siap pakai rim 16 inci lagi!

Persona MC2
Untuk interior, Persona versi baru ini kelihatan hadir dengan ruang dalaman hitam coklat yang lebih nampak premium manakala Iriz Active pula hadir dengan ruang dalaman hitam yang dipadankan dengan lining merah sekaligus buatkan ia nampak lebih sporty.

Iriz Active
Apapun, kita tunggu sehingga 5 Ogos ini untuk melihat secara langsung apa yang dipertingkatkan bagi kedua-dua model ini nanti.

SUMBERFuntasticko

Comments