Fotografi Baju Pengantin Di Tanah Perkuburan Kristian, Pengusaha Busana Perkahwinan Dikecam

21248

Dalam era tular masa kini, ramai peniaga melakukan bermacam-macam gimik untuk melariskan perniagaan. Mereka dengan berani melakukan kejutan supaya produk yang dikeluarkan menjadi tular, namun ada kalanya ia memakan diri.

Seorang pengusaha busana pengantin telah memuat naik gambar-gambar dari satu sesi fotografi menunjukkan seorang model berpakaian pengantin bergaya di tanah perkuburan Kristian.

Tindakan semberono yang dilakukan untuk tujuan promosi itu bagaimanapun mengundang kecaman Netizen kerana dianggap biadap dan ramai Netizen berbilang kaum dan agama meminta pengusaha tersebut memadam gambar-gambar yang dimuat naik.

Ia dimuat naik kira-kira tujuh jam lepas oleh pengusaha busana perkahwinan tersebut dengan kapsyen di bawah:

Seterusnya ia dihujani kecaman Netizen di ruangan komen.

Malah, model yang bergaya dalam sesi fotografi tersebut turut menerima tempias kecaman.

Sebenarnya, bukan perkara yang sukar untuk menggunakan akal budi dalam mempromosi produk.

Perkara-perkara yang menimbulkan sensitiviti masyarakat beragama sepatutnya boleh dielakkan dengan meletakkan diri dalam situasi di mana tanah perkuburan Islam dijadikan lokasi fotografi perkahwinan.

Jika anda rasa marah, begitu juga masayarkat Kristian bila anda menggunakan tanah perkuburan mereka untuk lokasi fotografi.

Seorang pengusaha perlu mengetahui di mana garisan yang tidak boleh dilangkaui dalam membuat publisiti produk.

Sekiranya garisan ini dilangkaui, maka terjadilah kisah tular yang memakan diri seperti ini.

Muat naik asal gambar-gambar ini mendapat lebih 10,000 perkongsian di Facebook sebelum dipadamkan pengusaha busana tersebut, dipercayai akibat kecaman hebat Netizen.

Namun, gambar-gambar ini masih wujud di Instagram perniagaan pengusaha tersebut.

Mungkin pengusaha tersebut berpegang pada prinsip, publisiti buruk–masih juga publisiti. – amazingnara.com

Comments

comments