Fungsi Baru Whatsapp, Pengguna Boleh Hantar Foto Pada Resolusi Tinggi

Whatsapp

Whatsapp merupakan aplikasi permesejan yang paling popular ketika ini sudah mempunyai ciri baru dimana korang dah boleh menghantar gambar pada resolusi tinggi tau. Pergh! Mesti ramai yang excited sebab sebelum ni, nak hantar gambar je mesti guna Telegram dan sebagainya kan?


Menurut laporan Fuzz.my, fungsi ini hanya berada di fasa pembangunan pada bulan lalu dan kini, semua pengguna dah boleh menggunakannya. Ianya boleh ditetapkan secara auto atau korang boleh aktifkan sekiranya ingin menggunakannya.

Terdapat tiga pilihan yang diberikan kepada pengguna iaitu Auto, Best Quality dan juga Data Saver. Cara untuk korang aktifkan fungi ini sangatlah mudah. Mula-mula, buka aplikasi whatsapp dan pergi ke bahagian Setting. Kemudian, pilih Storage and Data dan pergi ke Media Upload Quality.

Foto resolusi tinggi
Bagi sesiapa yang menantikan fungi ini pada aplikasi whatsapp, pergilah update sekarang. Sebelum ini, whatsapp juga telah menambah satu fungsi baru iaitu View Once dimana korang boleh menghantar imej ataupun video kepada penerima yang hanya boleh dilihat sekali saja. Kan lebih privacy tu!

Advertisement
SUMBERFuzz.my

Comments