G-Shock Lancar Jam Pintar Dengan Wear OS Pada Harga RM2,999

G-Shock G-Squad

Jam jenama Casio G-Shock merupakan sebuah jam yang tahan lasak yang sesuai untuk digayakan pada bila-bila masa dan dimana-mana saja. Bagi penggemar jenama ini, korang tahu tak yang G-Shock telah lancarkan jam pintar terbaru mereka di Malaysia iaitu G-Shock G-Squad (GSW-H1000).

G-Shock G-Squad
Jam pintar terbaru G-Shock ini dilengkapi dengan sistem operasi Google Wear OS dengan skrin sesentuh bersaiz 1.2 inci. Terdapat dua pilihan paparan iaitu berwarna bagi fungsi-fungsi pintar dan monokrom untuk paparan masa.

G-Shock G-Squad
Seperti jam pintar lain, ianya juga mempunyai paparan notifikasi, GPS, pengimbas nadi dan sebagainya. Apa yang menarik, jam ini mampu bertahan dalam air sedalam 200 meter. Pergh! Memang terbaik.

Korang juga boleh gunakan G-Squad ini dalam aktiviti lasak ataupun sukan kerana ia mempunyai 24 pilihan senaman dan 15 jenis aktiviti sukan seperti berenang, kayuh basikal, berlari dan sebagainya.

Advertisement

Menurut laporan Fuzz.my, jam ini ambil masa 3 jam untuk cas penuh dengan pengecasan magnetik dan mampu bertahan hanya 1.5 hari sehingga mencecah sebulan mengikut cara penggunaan atau mod. Untuk pengetahuan, harga G-Shock G-Squad ini dijual di Malaysia pada harga RM2,999. Apa pandangan korang? Mesti ada yang berkenan punya!

SUMBERFuzz.my

Comments