G-Shock X Transformers Untuk Koleksi Edisi Khas

709

Peminat Transformers pasti teruja dengan kolaborasi terbaharu antara jam tangan G-Shock dan Transformers.

Untuk koleksi jam tangan G-Shock dan Transformers, karekter Master Nemesis Optimus Prime telah dijadikan patung figura tempat untuk meletak jam tangan tersebut.

Model G-Shock yang digunakan adalah DW-6900TF-4. Jam tangan ini keseluruhannya berwarna hitam, manakala pada muka jam pula dengan warna merah.


Pada tali jam tangan juga terdapat garisan berwarna hijau menjadikan ia warna ikonik untuk karakter Master Nemesis Optimus Prime.

jam tangan G-shock

Bagi anda yang meminati koleksi G-Shock ini, harga seutas jam tangan adalah ¥30,000 (RM1,1447) sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang koleksi yang akan dijual secara eksklusif, layari laman web ini.

master namesis

Berita sedih buat anda semua, koleksi ini hanya akan dijual di Jepun sahaja pada 7 Disember 2019 ini.

jam tangan g-shock

Jika anda teringin mendapatkan koleksi ini, masih sempat untuk anda mencari personal shopper yang berada di Jepun. Segalanya di hujung jari sekarang, anda masih ada masa lagi.

Comments

comments