G2G Animal Garden MAEPS Hangus Terbakar, Korbankan Lebih 20 Ekor Burung

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang boleh digambarkan apabila sebuah insiden melibatkan bangunan G2G Animal Garden semalam, hangus terbakar dijilat api.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di salah satu bangunan iaitu stor penyimpanan barang. Lebih memilukan, semua barang jualan didalam bangunan itu hangus lesap sekelip mata.

Keadaan menjadi lebih duka apabila stor penyimpanan yang bersebelahan dengan stor burung dan arnab itu, tidak dapat diselamatkan hingga hampir kesemuanya terkorban.

“Sebelah stor tu kami buat breeding burung dan arnab, tapi kami tak sempat selamatkan semua, 21 ekor burung dan 2 ekor arnab terkorban dan kebanyakan burung yang mati ni ada anak yang masih menyuap”

Lapor Marsya di laman Twitternya, kebakaran itu berikutan litar pintas yang menyebabkan segalanya musnah dalam tempoh yang sangat singkat. Ujian sungguh.

Advertisement

“Kejadian ini berlaku dalam 10 minit je, 7 fire extinguisher kami kumpulkan dan cuba padam api tapi tak berjaya”

Pemilik akaun laman sosial itu turut berkongsi detik cemas ketika kebakaran tersebut. Rata-rata netizen turut berduka-cita dengan berita itu.

“bunyi meletup tu sebab elektrik still mengalir, kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan semua haiwan kami”

Ujarnya, dia sudah dua malam tidak dapat tidur lena dek penangan insiden yang mengorbankan arnab dan burung di situ.

“Saya teringat suara arnab dan burung jerit minta tolong lemas sebab asap terlalu tebal”

Sumber : Twitter

Untuk makluman, G2G Animal Garden merupakan Taman riadah yang berkonsepkan Petting Zoo yang terletak kawasan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) iaitu kira-kira 30 KM dari Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Sebelum mengakhiri perkongsian, wanita tersebut turut berkongsi akaun G2G Animal Garden jika ada yang mahu berikan bantuan atau sumbangan ikhlas. Dia juga berharap masih ada pihak berkuasa yang sudi membantu ketika PKP ini.

Kesiannya..moga ada pihak berwajib yang berlapang dada untuk menghulurkan sedikit sumbangan ikhlas untuk menambah baik semula bangunan yang hanya bersisakan serpihan itu.

Comments

comments

SOURCETwitter