Gadis Bergurau Nyalakan Api Semasa Rakan Isi Petrol Ke Tangki Kereta Dimaki Netizen

89

Satu video menunjukkan seorang gadis menyalakan api semasa rakannya sedang mengisi minyak dalam tangki kereta kini tular di media sosial. Ia mendapat kritikan Netizen yang menganggap ia perbuatan yang bodoh dan berbahaya, walaupun niatnya hanya untuk bergurau.

Video tersebut boleh ditonton di bawah:

Mungkin mereka tidak memandang serius implikasi yang boleh timbul memandangkan ia cecair yang mudah meruap dan mengeluarkan gas yang sangat mudah terbakar.

Bayangkan jika berlaku sesuatu yang serius, pasti tidak sempat untuk menyelamatkan diri.

“Dahlah nyala api, main telefon pula.”

 

“Bodoh tak nak simpan.”

Hendak bergurau pun ada batasnya. Jika gurauan anda berpotensi membahayakan nyawa, ia sepatutnya dielakkan. Jika terjadi letupan atau kebakaran, nyawa anda mungkin semurah gurauan anda, namun yang menjadi mangsa ialah orang sekeliling yang hanya menjalankan kerja seharian.

Disebabkan keseriusan kesalahan yang dilakukan, ada Netizen yang telah menarik perhatian Polis Diraja Malaysia untuk menangkap mereka. – amazingnara.com

Comments

comments