Gadis Ini Akui Sengaja Sebar Fitnah Ayam Goreng McDonalds Berulat

Adui. Macam-macam lah dunia sekarang ini. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk secebis kepopularitian di sosial media, termasuklah menipu, memfitnah dan mereka-reka cerita. Namun bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Seorang gadis terpaksa membuat pengakuan bahawa dia telah memfitnah Mcdonalds menjual ayam goreng berulat setelah penipuannya itu dikantoikan. Memang padan muka!

Beberapa hari yang lalu, pengguna twitter @rabbykrabby telah memuat naik gambar ayam goreng di sebuah restoran makan segera McDonalds di mana ayam tersebut telah berulat. Sudah pasti perkara ini menarik perhatian pihak McDonalds untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan dengan menghubunginya.

Memang kalau tengok gambar yang dikongsikan pun geli tekat dibuatnya.

Namun semalam, gadis ini telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui ayam goreng tersebut telah dibeli beberapa hari yang lalu dan disimpan di rumahnya. Cis!

Advertisement

Akan tetapi permohonan maaf gadis ini telah menimbulkan kemarahan pada netizen yang menyelar tindakannya sengaja membuat cerita semata-mata untuk menjadi viral. Malah ada yang membuat tanggapan permohonan maaf ini dilakukan kerana takut disaman oleh McDonalds, bukannya dibuat secara sukarela. Apa pun jadikanlah tragedi ini satu pengajaran. Janganlah nak femes sanggup buat cerita dongeng. Nanti kantoi kita yang malu. Tak gitu?

Comments

comments