Gadis Ini Berkongsi Tips Hilangkan Masalah Jerawat Dengan Hanya RM5 Sahaja

Masalah jerawat merupakan salah satu masalah yang sangat biasa untuk golongan anak muda. Baru-baru ini seorang gadis berkongsikan bagaimana dia mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dengan harga RM5 saja!

Biasanya yang berkongsi skincare tips di media sosial ni pasti yang menelan belanja yang agak tinggi. Ditambah pula dengan produk-produk lain yang perlu dibeli lagi.

Menariknya dalam perkongsian ini, gadis ini hanya membayar RM5 saja untuk setiap konsultasi dan mendapat ubat-ubatan yang diberikan dengan percuma.

Melalui akaun Twitter Afinaasn, dia menjelaskan bagaimana prosedur  dalam membuat temujanji dengan pakar dermatologi di hospital kerajaan.

Pergi ke klinik kesihatan berdekatan

Disarankan supaya anda pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan jadi senang sekiranya perlu buat follow up dan sebagainya. Beritahu di kaunter klinik anda ada masalah kulit (jerawat) dan perlukan rawatan doktor.

Advertisement

Konsultasi bersama doktor

Boleh ceritakan bagaimana masalah jerawat anda bermula dan sebagainya. Penting untuk anda jujur supaya doktor jelas dan faham masalah anda.

Biasanya doktor akan berikan doxycycline (ubat antibiotik) untuk digunakan selama sebulan atau dua bulan. Bergantung pada keadaan kulit anda, sekiranya masih tak okay boleh datang semula untuk dapatkan rawatan.

Surat rujukan ke pakar dermatologi

Sebelum berjumpa dengan pakar dermatologi di hospital kerajaan, anda perlu dapatkan surat rujukan dari doktor dulu. Ini sangat penting kerana sekiranya anda terus walk-in ke sana berkemungkinan kes anda tidak akan dilayan.

Tips.

“Bawa refer letter tu ke jabatan dermatologi ke hospital kerajaan yang berkaitan, daftar bayar RM5, and after that all the consultation, medicine is free!”

Lihat saja lah keadaan kulit gadis ini selepas mendapatkan rawatan dari pakar dermatologi ini. Nampak perubahannya kan?

Mungkin sebelum ini tak ramai yang tahu kewujudan jabatan dermatologi di hospital kerajaan ini. Atau mungkin ramai sangka prosesnya rumit dan leceh kan?

Jadi selepas ini sekiranya ada sesiapa yang mengalami masalah kulit yang teruk boleh lah mengikut tips yang dikongsikan gadis ini. Yang penting kosnya serendah RM5 saja!

Selamat mencuba!

Comments

comments