Gadis Ini Kongsikan Kisah Ayahnya Pesakit Kanser Tahap 4 Berkorban Demi Pesakit Kanser Yang Lain

2216

Setiap orang pasti ada kisah duka yang pernah terjadi dalam kehidupan. Mungkin ada yang melibatkan kesusahan hidup atau kematian ahli keluarga. Yang pastinya pengalaman hidup sebegini pastinya sukar dilupakan.

Kali ini seorang pengguna Twitter @vanessajulan_ berkongsi pengalaman duka bersama ayahnya yang menarik perhatian netizen. Sewaktu ayahnya didiagnosis dengan kanser pada tahap 4, mendiang sanggup menjadi bahan uji kaji demi membantu pesakit kanser yang lain.

Doktor bertanyakan persetujuannya sekiranya ayahnya bersetuju untuk mengikuti beberapa kemoterapi untuk uji kaji terbaru. Dia juga kemudian dimaklumkan kesan sampingan yang akan diterima yang mana akan memburukkan keadaannya.

“Saya maklumkan dengan jelas yang dia hanya perlu teruskan dengan kemoterapi yang biasa sahaja. Dia kata okay dan terima kasih pada saya kerana terangan kesan sampingan itu.”

lelaki tua dengan anaknya di katil hospital
Tetapi tanpa pengetahuannya, ayahnya tetap meneruskan kemoterapi tersebut walaupun setelah dihalang. Terkejut dengan tindakan ayahnya itu, dia kemudian bergegas mendapatkan ayahnya yang menjalani kemoterapi tersebut. Namun jawapan daripada ayahnya membuatnya terkedu.

“Kalau tak berkesan, tidak mengapa kerana ayah sanggup berkorban supaya doktor dapat mencari penawar kepada kanser. Ayah tak mahu orang lain meninggal dunia”

Walaupun sedar keadaannya mungkin bertambah teruk, beliau tetap meneruskannya untuk membantu pesakit kanser yang lain. Selepas beberapa kali menjalani kemoterapi tersebut, beliau mengalami reaksi alergi berkali-kali.

Namun beliau tetap positif meneruskan kemoterapi tersebut demi kebaikan pesakit kanser yang lain. Sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada 16 Januari 2016. Kisah pengorbanan ayahnya ini telah membuatkan ramai terharu.

ayah bersama anak kecilnya
Pengorbanan seorang pesakit kanser demi pesakit kanser yang lain. Mungkin kerana dia sendiri merasakan kesakitan itu jadi dia tidak mahu orang lain merasakan sakit yang sama. Semoga rohnya tenang di pangkuan Tuhan.

Comments

comments