Gadis Ini Sanggup Jual Motosikal Ayahnya Sebagai Modal Tiket Kapal Terbang Berjumpa Dengan ‘Kawan Online’

Demi bertemu dengan rakan yang dikenali melalui online game, seorang remaja perempuan sanggup menjual motor milik ayahnya dengan jumlah lebih kurang Rp 20 Juta (RM 5,771).

Memetik laporan Tribun Timur, kejadian yang berlaku di Jambi, Indonesia pada Selasa lalu melaporkan remaja berkenaan berada di lapangan terbang menuju ke Jakarta hanya seorang diri. Namun, niatnya terhenti apabila dia memikirkan soal kedua ibubapanya dan berita mengenainya tular di laman sosial.

Sumber : Tribun Timur

Apa yang lebih membuatkan gadis itu rasa menyesal ialah rakan lelaki yang dikenali melalui online game itu tidak mahu menemuinya dan menyebabkan gadis itu menjadi bingung.

Oleh itu, keluarga gadis berkenaan telah menjemputnya di lapangan terbang untuk dibawa pulang. Sementara itu, Pengurus Besar Lapangan Terbang Sultan Thaha Jambi mengesahkan remaja tersebut merupakan penumpang yang akan berlepas pada hari Selasa.

Advertisement

Namun, dia berasa curiga kerana melihat remaja berkenaan kelihatan dalam keadaan bingung dan tidak mempunyai penjaga. Setelah mengetahui tentang kisah remaja itu, pengurus tersebut membatalkan penerbangan remaja berkenaan.

Sumber : Tribun Timur, Detik News

SUMBERTribun Timur

Comments