Gadis Minta Ibu Ubah Suai Kain Pelikat Ayah Menjadi Baju Untuk Ubat Kerinduan

baju daripada kain pelikat

Bagi mengubati kerinduan kepada mereka yang sudah meninggal dunia, pasti seseorang individu menginginkan sesuatu dijadikan sebagai kenangan dan sentiasa mengingatinya.

Begitu lah yang terjadi terhadap seorang gadis di Indonesia dimana dia membuat permintaan kepada ibunya untuk mengubah suai kain pelikat arwah ayahnya kepada baju untuk dipakainya.

Gadis itu berkongsi satu video di akaun TikTok miliknya proses pengubah suaian kain pelikat itu kepada baju moden yang dijahit oleh ibunya sendiri.

@redvelvetenakk_

sekarang bapak udah 100 harinya ??#fyp #fyp? #terhebat #foryou #ootd #ootdhijabstyle #ootdhijab

? Manusia Kuat – Tulus

Advertisement

Memandangkan ibunya memang merupakan seorang tukang jahit, proses itu kelihatan begitu mudah bermula dari menggunting, membuat pola dan menjahit kain pelikat itu.

Bermula daripada kain pelikat kini menjadi satu baju yang boleh diguna oleh gadis berkenaan.

Video yang meraih hampir 2 juta tontonan di TikTok itu mendapat perhatian warganet dan tersentuh melihat usaha ibu dan anak ini untuk mengubati kerinduan terhadap arwah.

Sumber

SUMBERTikTok

Comments