Gadis Seronok Mandi Sungai, Tak Perasan Cicak Di Tudung

Cicak melekat di tudung gadis ketika mandi sungai

Tidak dinafikan, aktiviti outdoor sudah menjadi kegemaran dan kegilaan ramai orang zaman sekarang ini, lebih-lebih lagi golongan anak muda. Aktiviti tersebut termasuklah aktiviti hikingcamping, mandi sungai serta air terjun dan pelbagai lagi.

Seperti yang kita tahu, ramai golongan muda yang lebih cenderung dan minat terhadap aktiviti outdoor ini kerana mereka ini selalunya terdedah untuk mencuba perkara baru dan merasa seronok apabila melakukan aktiviti di luar.

Tambahan lagi, kerajaan kini sudah memberikan kelonggaran dan membenarkan kembali aktiviti outdoor untuk dilakukan bagi individu yang sudah lengkap dua dos vaksin dalam negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Advertisement

Disebabkan itu, kita dapat lihat ramai individu yang sudah mula aktif kembali melakukan aktiviti outdoor ini. Banyak tempat-tempat riadah untuk melakukan aktiviti tersebut seperti bukit, sungai dan air terjun kian dibanjiri oleh individu yang ingin melakukan aktiviti ini.

Rakan terkejut apabila ternampak cicak melekat di tudung gadis ini ketika mereka sedang mandi sungai

Baru-baru ini di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama affizyshaari yang memaparkan sekumpulan gadis sedang mandi sungai menjadi tular gara-gara seekor cicak.

@affizyshaari##Fyp ##xyzbca ##foryoupage ##fypdongggggggg ##vacation ##friendship? original sound – AffizyShaari

@affizyshaari##Fyp ##xyzbca ##fypdongggggggg ##foryoupage ##viraltiktok ##vacation ##friendship? original sound – AffizyShaari

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan sekumpulan gadis sedang seronok bermandi-manda di satu sungai yang tidak dapat dikenal pasti di mana.

Namun, apa yang membuat kan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila kelihatan seekor cicak yang besar melekat di tudung salah seorang gadis dalam kumpulan itu.

Gadis yang memakai tudung berwarna coklat itu dilihat terkejut dan menjerit pada akhir video setelah mendapati seekor cicak besar melekat pada tudungnya.

“Pagi-pagi dah buat aku terberak akibat gelak”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 919.5 ribu tontonan, 63.6 ribu tanda like dan 1.9 ribu komen. Rata-rata netizen turut terkejut melihat cicak sebesar itu melekat di tudung gadis tersebut.

Cicak melekat di tudung gadis ketika mandi sungai
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Cicak melekat di tudung gadis ketika mandi sungai
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang terpaksa mengulang perkongsian video itu berulang kali untuk mencari cicak yang melekat di tudung gadis tersebut kerana warnanya hampir sama dengan warna tudung gadis itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments