Gadis Tak Khusyuk Solat Dengan Kawan Buat Ramai Boleh Relate

Gadis Tak Khusyuk Solat Dengan Kawan

Tidak dinafikan, adat dalam berkawan atau bersahabat pasti ada baik buruk dan pasang surutnya. Adakala kita akan bergaduh dan adakala kita akan bergurau senda. Tipu lah kalau selama anda berkawan, tidak pernah bergaduh sesama sendiri. Kalau tak pernah, maksudnya belum cukup rapat lah ikatan persahabatan antara anda dengan kawan itu.

Bergaduh dan gurau senda sesama sendiri itu sememangnya sudah menjadi lumrah dalam persahabatan. Namun, ikatan persahabatan dengan seseorang kawan itu pastinya lebih dikuatkan lagi dengan gurau senda bersama mereka. Kadangkala, ia terbawa-bawa sampai ke waktu yang tidak sesuai untuk kita bergelak ketawa.

Disebabkan itu, rasa terhibur dengan kawan itu pasti akan membuatkan kita sukar untuk berada dalam keadaan yang serius. Walaupun kadang itu kita sudah mencuba sedaya upaya untuk menjadi serius terhadap sesuatu perkara tetapi pastinya sukar untuk mengekalkan tahap serius itu apabila berada dengan kawan.

Advertisement

Dua gadis banyak kali tergelak dan tak boleh fokus solat sampai kena lempang sesama sendiri

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @sassyfqah yang memaparkan gelagat dua sekawan yang tidak mampu untuk khusyuk dalam solat ketika solat bersama.

@sassyfqahAuto solat lepas kena marah dengan mak member???korang tgok ah sampai [email protected] ##fy ##fyp ##friends ##fypdongggggggg ##fyp??viral? original sound – Sassyfqah

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan dua orang gadis itu ingin mendirikan solat bersama-sama. Tetapi, mereka tidak dapat khusyuk untuk solat kerana asyik tergelak sesama sendiri yang mungkin disebabkan oleh mereka teringat sesuatu kejadian yang telah berlaku.

Apa yang membuatkan ramai penonton merasa terhibur melihat perkongsian video tersebut adalah apabila salah seorang daripada mereka berdua meminta kawannya untuk menampar pipinya supaya berhenti gelak kerana sudah tiga kali mereka tergelak.

Lebih melucukan, mereka berdua akhirnya tergelak juga kerana terhibur dengan diri masing-masing akibat bunyi tamparan yang kuat.

“Paling sakit hati bila dah rakaat terakhir lepas tu kawan kacau”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 391.4 ribu tontonan, 49.5 ribu tanda like dan 3.3 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat dua orang gadis ketika ingin solat tersebut.

Gadis tak khusyuk solat dengan kawan Gadis tak khusyuk solat dengan kawan Gadis tak khusyuk solat dengan kawan Gadis tak khusyuk solat dengan kawan Gadis tak khusyuk solat dengan kawan Gadis tak khusyuk solat dengan kawan Gadis tak khusyuk solat dengan kawan

Gadis tak khusyuk solat dengan kawan
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang dapat relate dengan situasi yang dilalui oleh dua gadis tersebut apabila solat bersama rakan dengan mengatakan yang mereka dahulu pernah dimarahi oleh seorang makcik di surau kerana tergelak semasa solat bersama rakannya.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments