Gajah Liar Sondol Dapur Rumah Hingga Pecah Untuk Cari Makanan

Dapur rumah pecah disondol gajah liar yang lapar.

Malang tidak berbau buat satu keluarga di Thailand apabila rumahnya di wilayah Hua Jin didatangi gajah liar mencari makanan setiap hari. Menurut laporan akhbar The Nation, lelaki itu membuat luahan tersebut di laman Facebook.

Wakil rumah Rachadawan Phungprasopporn berkata, seekor gajah dewasa menyondol dinding dapur rumah hingga berlubang ketika sedang mencari makanan.

Aduan berkenaan tular di media sosial dan Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemeliharaan Tumbuhan dan agensi kerajaan lain di wilayah tersebut sedang mengadakan perbincangan mengenai pampasan pemilik rumah atas kerosakan yang berlaku.

Dapur rumah pecah disondol gajah liar yang lapar.

Advertisement

“Sebagai permulaan, agensi kerajaan akan membaiki rumah mangsa secepat mungkin”.

Tambahnya, pegawai telah memberi kesedaran mengenai cara-cara mencegah bahaya dari serangan gajah liar di daerah tersebut.

SUMBER

SUMBERKosmo

Comments