(GAMBAR) Jelajah Langkawi

Hujung minggu lepas, acara penutup Le Tour de Langkawi 2010. Kali ni kami rasa terpanggil nak mengetengahkan bakat fotografi anak malaysia kita nih. Sanggup tuh dia menjinjing kamera yang berat tu tengah-tengah KL yang panas semata-mata nak snap gambar para atlit nih. Terima kasih kepada Ali Apeng yang sudi berkongsi gambar-gambar dia ngan kami.

Tahniah buat semua pemenang LTdL kali nih, tapi tumpuan sumer semestinya untuk jaguh tempatan kita, Anuar Manan. Beliau berjaya menyarungkan jersi hijau hasil kayuhan konsistennya sepanjang perlumbaan. Moga-moga lepas ni kita boleh lihat kelibat dia atas podium di pentas antarabangsa macam Tour du France? Teruskan mengayuh, bro. Lu memang amazing.

Sekian, Amazing Nara melaporkan dari bilik berita sukan.

Advertisement

Comments

comments