Gambar Perkahwinan Kreatif Dalam Suasana Banjir Dapat Pujian Warganet, Tetapi Kantoi Kahwin Kedua Tanpa Pengetahuan Isteri Pertama

89041

Walaupun lokasi majlis dilanda banjir, ia tidak menghalang seorang jurugambar dari menghasilkan gambar-gambar yang cantik untuk majlis perkahwinan salah seorang kliennya di Selatan Thailand.

Koleksi gambar yang diambil oleh Meen Photographer untuk satu majlis perkahwinan di rumah pengantin wanita bernama Heedayah manakala suaminya bernama Syed Busri Al-Yahaya di situ menjadi tular di media sosial kerana dilihat cantik, ceria dan sangat kreatif.

Lebih banyak gambar fotografi perkahwinan outdoor mereka boleh dilihat di akaun Facebook jurugambar tersebut.

Gambar-gambar ini menjadi tular kerana ternyata suasana banjir tidak menghalang dari jurugambar yang kreatif dan mahir menghasilkan gambar-gambar yang menarik dan ‘hidup’.

Ia mendapat banyak komen dari warganet Thailand dan Malaysia. Bagaimanapun, gambar-gambar tular yang cantik ini akhirnya membawa kepada komen-komen yang menjadi plot twist buat warganet yang mengagumi gambar perkahwinan mereka.

Ini kerana disebabkan set gambar ini menjadi tular, netizen mendakwa ia telah sampai ke pengetahuan isteri pertama Syad Busri yang hanya mengetahui mengenai perkahwinan kedua suaminya melalui media sosial.

Khabarnya, Syed Busri sudah pun mempunyai tiga anak hasil perkahwinan dengan isteri pertama, dua orang lelaki dan seorang perempuan. Isteri pertama bekerja sebagai seorang jururawat di Hospital Narathiwat.

Bagaimanapun, Syed Busri telah mengeluarkan satu status di Facebooknya bahawa isterinya sudahpun membenarkan dia berkahwin lain, dan warganet hanya mengecamnya tanpa mengetahui perkara sebenar.

Ada juga yang mendakwa isteri pertama tahu suaminya hendak berkahwin lain tetapi tidak menyangka akan melaksanakan majlis pernikahan dan kenduri besar-besaran yang tular pula gambar perkahwinannya, tetapi kesahihan dakwaan ini tidak dapat dipastikan.

Isteri pertama telah memadam status asal mengenai perkahwinan baru suaminya, dan kini meminta warganet agar tidak mengecam suaminya kerana ia memberi kesan terhadap keluarganya. – amazingnara.com

 

Comments

comments