(GAMBAR) Ramadan Di Seluruh Dunia

163

Orang ramai yang datang untuk berbuka puasa di sepanjang Jalan Raja berhadapan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, Malaysia dengan bubur lambuk, kurma, aneka kuih dan air mineral pada 20 Julai lepas.

Seorang lelaki Palestin membaca Quran semasa hari pertama Ramadan di sebuah masjid di Jenin, Palestin pada 20 Julai lepas.

Pemandu-pemandu trak pakistan berdoa sebelum berbuka puasa semasa hari ketiga Ramadan di Lahore, Pakistan pada 23 Julai 2012.

Lihat lebih gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Muslim sedang bersembahyang Tarawih di Makassar, daerah selatan Sulawesi pada 20 Julai 2012.

Seorang rakyat Palestin membeli sekeping foto Dome of the Rock di bandar Nablus pada 19 Julai 2012.

Para pelajar sedang mengaji Quran di sebuah kelas Sekolah Islamik Al-Nour di bandar bersejarah Stone Town di Zanzibar pada 21 Julai 2012.

Muslim sedang bersembahyang Jumaat pada hari pertama Ramadan yang hujan renyai di sebelah pusat komuniti BBC di timur London pada 20 Julai 2012.

 

Seorang wanita Iran berdoa pada siang pertama Ramadan di Tehran, Iran pada 21 Julai 2012.

 

Kanak-kanak Islam Kashmir berdoa di sekolah agama semasa bulan Ramadan yang mulia di Srinagar, India pada 24 Julai.

 

Anak-anak gadis Afghan membaca Quran semasa bulan Ramadan di sebuah masjid di Jalalabad, ibu daerah Nangarhar, timur Kabul, Afghanistan pada 22 Julai 2012.

Muslim India berdoa sebelum berbuka puasa pada 1 Ramadan di masjid Makkah di Hyderabad, Pakistan  pada 21 Julai 2012.

 

Seorang sukarelawan Pakistan menawarkan makanan kepada orang yang berkumpul di masjid tempatan untuk berbuka puasa pada 24 Julai 2012.

 

Muslim India bebuka puasa pada Ramadan pertama di Masjid Makkah di Hyderabad pada 21 Julai 2012.

 

Muslim Kashmir bersembahyang di Shah-i-Hamdaan semasa Ramadan di Srinagar pada 23 Julai 2012.

Muslim Indonesia tidur sewaktu menunggu berbuka puasa di Masjid Istiqial di Jakarta, Indonesia pada 23 Julai 2012.

Muslim di Kashmir bersembahyang di tepi tempat letak kereta di atas jalan raya berhadapan sebuah masjid pada bulan mulia Ramadan di Srinagar pada 21 julai 2012.

 

Seorang lelaki India Muslim bediri di hadapan Masjid Jama pada malam pertama Ramadan pada 21 Julai 2012.

 

Seorang budak lelaki Palestin bermain bunga api sewaktu dia meraikan kedatangan Ramadan di Bandar Gaza pada 20 Julai 2012.

 

Muslim Indonesia berbaris mendapatkan bubur percuma pada hari pertama Ramadan di Solo, Jawa Tengah, Indonesia pada 21 Julai 2012.

 

Sheikh Hassan Saeed al-Sakandarany mengajar Quran di masjid Amr Ibn al-As di Kaherah, Mesir pada hari pertama Ramadan.

 

Seorang muslim Kashmir bersembahyang di jalan yang sibuk semasa hari pertama Ramadan di Srinagar, India.

 

Pekerja-pekerja Pakistan berdoa selepas sembahyang Asar di atas jalan raya sehari sebelum hari pertama Ramadan di pinggir Islamabad, Pakistan.

 

Kanak-kanak muslim bersembahyang selepas berbuka puasa malam pertama Ramadan pada 21 Julai 2012.

 

Seorang lelaki Indonesia membaca Quran sewaktu menunggu untuk berbuka di hari pertama Ramadan di sebuah masjid di Medan, utara Sumatera pada 21 Julai 2012.

 

Wanita-wanita Iran membelek naskhah Al-Quran semasa pameran Al-Quran di masjid besar Imam Khomeini sehari sebelum Ramadan diTehran.

 

Seorang gadis kecil menari di hadapan Masjid Jama pada malam pertama Ramadan di new delhi pada 21 Julai 2012.

 

Tetamu mengelilingi Kaabah di dalam masjid besar di bandar suci Makkah pada 23 Julai 2012.

 

Seorang lelaki Palestin membaca Quran di luar sebuah masjid di Jenin pada 20 Julai 2012.

 

Seorang lelaki melihat cermin sewaktu mencuba ketayap sebelum dia membeli di sebuah pasar di Jakarta pada 19 Julai 2012.
Orang ramai menyediakan makanan untuk berbuka puasa di Chakbazaar semasa bulan Ramadan pada 21 Julai 2012 di Dhaka, Bangladesh.

Comments

comments