(GAMBAR)10 Lelaki Kacak (Yang Dilahirkan Sebagai Wanita)

10 lelaki ini kacak dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Tetapi mereka juga sebenarnya dilahirkan sebagai perempuan.
1.Balian Buschbaum

Balian Buschbaum dilahirkan pada 1980 sebagai Yvonne Buschbaum, dan merupakan seorang bekas gimnas kebangsaan Jerman. Walaupun dia wanita kedua terbaik sebagai Pole Vaulter di Jerman, pada 2007 Buschbaum mengumumkan persaraannya kerana kecederaan yang berterusan. Pada tahun 2008 menukar jantinanya untuk menjadi seorang lelaki. Lagi 9 gambar selepas jump.


2. Buck Angel

Buck Angel ialah pemenang Anugerah Berita Video Dewasa 2007, kini bekerja sebagai seorang penulis, pensyarah, pendidik dan menguruskan syarikat penerbitan sendiri.

3. Loren Cameron

Loren Rex Cameron ialah seorang juru foto, pengarang dan aktivis transeksual dari Amerika.

4. Ian Harvie

Ian Harvie dari Amerika ialah seorang pelawak stand-up yang sering berlawak tentang transeksualiti.

Advertisement

5. Lucas Silveira

Dilahirkan di Kanada pada 1979, Lucas Silveira mencipta sejarah sebagai lelaki transeksual pertama yang menandatangani kontrak dengan syarikat rekod. Silveira ialah vokalis, gitaris dan pencipta lagu untuk The Cliks, dia juga telah menghasilkan album solo yang sedang berada di pasaran.

6. Katastrophe

Rocco Kayiatos dikenali sebagai Katastrophe, seorang rapper hip-hop Amerika dan penerbit muzik.

7. Thomas Beatie

Thomas mendapat perhatian antarabangsa kerana menjadi seorang ‘lelaki yang mengandung’ beberapa tahun lepas. Dilahirkan perempuan, Beatie sebenarnya telah melahirkan 3 orang anak dan kini kembali makan hormon lelaki untuk mendapatkan badan lelakinya.

8. Ryan Sallans

Ryan Sallans dilahirkan sebagai Kimberly Ann Sallans, merupakan seorang penceramah motivasi transeksualiti.

9. Andreas Krieger

Andreas Krieger seorang pelontar peluru untuk pasukan atletik Jerman Timur.. Dari waktu remaja dia diberikan steroid anabolik tanpa disedarinya, yang menyebabkan dia menjadi semakin maskulin dari segi penampilan dan sikap. Dia telah menjalani pembedahan menukar jantina pada tahun 1997, dan pernah berkata yang dia berharap yang dia tidak pernah diberikan steroid supaya dia mengetahui sendiri apa pilihan jantinanya.

10. Chaz Bono

Chaz Bono dilahirkan sebagai Chastity Bono, anak perempuan kepada penghibur Amerika terkenal Sonny dan Cher. Chaz juga telah menjadi peserta untuk rancangan televisyen, Dancing With The Stars.

Sumber.

Comments

comments