(GAMBAR)Kerusi Taman Rekreasi Awam Papar Berat Badan Individu Di Moscow

71

Pihak berkuasa Moscow, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan, telah memutuskan untuk menggantikan kerusi taman dengan penimbang berat berteknologi tinggi. Perubahan bakal dibuat di taman-taman rekreasi popular dan ditaja oleh gimnasium yang berharap untuk mempertingkatkan obsesi orang ramai bagi menjaga berat badan.
scale-bench
Kempen serupa sudahpun dilaksanakan di kerusi perhentian bas awam di Belanda, di mana kerusi dihubungkan pada panel elektronik yang memaparkan berat individu yang duduk dalam kilogram. Panel ini juga berfungsi untuk memaparkan iklan berkenaan kesihatan dan gimnasium.

Antara taman rekreasi yang bakal melaksanakannya ialah Taman Sokolniki–pengarahnya Andrei Lapshin berkata yang 20 buah kerusi penimbang berat akan diletakkan di situ menjelang akhir tahun.

Ketua Media dan Pengiklanan Moscow, Vladimir Chernikov, menyokong projek itu, memberitahu dia menyokong semua projek yang ‘progresif dan menarik’. Dia memberi bayangan bahawa kerusi teknologi tinggi itu akan dibekalkan dengan stesen pengecasan telefon. Kos tambahan bagi merealisasikannya ialah RM 3, 600 bagi sebuah kerusi, dan bakal dibiayai oleh pengiklan.

Memang menarik bagaimana penduduk Moscow akan memberi reaksi terhadap projek ini. Di mana-mana pun, ramai menganggap berat badan ialah satu rahsia. Kalau nak duduk dan tak berasa canggung di tengah orang ramai, pastikan berat badan anda ideal, tak gitu?

Sumber: The Moscow Times

Comments

comments