(GAMBAR)Lubang ‘Pengakhiran Dunia’ Muncul Di Rusia, Bikin Gempar

Satu kawah besar yang misterius telah terbentuk di satu bahagian di Siberia, Rusia, yang diberi jolokan ‘pengakhiran dunia’, lapor Siberian Times.

Video menunjukkan lubang sebesar 260 kaki yang menggemparkan kawasan tersebut, sehinggakan sekumpulan saintis Rusia dijangka tiba di sana hari ini untuk menyiasat puncanya.
rltluxyamtapq66sugla
Seorang jurucakap kerajaan di semenanjung Yamal memberitahu yang kawah itu bukan kesan hentaman meteor, manakala RT.com menyebut tentang teori geologi, iaitu pemanasan suhu menyebabkan ais beku mencair, melepaskan gas semulajadi dan membentuk lubang.

Kawasan itu dilaporkan dekat dengan pelantar gas Bovanenkovo.

Advertisement

Laporan asal: USA Today

Comments

comments