(GAMBAR)Saiz Pinggang Ioana Spangenberg Hanya 20 inci

36

Mungkin anda tidak percaya bila mendengar yang wanita yang berusia 30 tahun, tetapi saiz pinggang cuma 20 inci. Sekurang-kurangnya itu yang berlaku pada Ioana Spangenberg, seorang wanita Romania yang sekarang tinggal di Jerman.

Ioana Spangenberg mempunyai tubuh yang ramping walaupun dia makan makanan bersaiz jumbo, termasuk hobinya yang gemar makan jajan. Badan Ioana kecil kerana faktor genetik, jadi ianya mustahil untuk beliau menambah lemak badan walaupun makan semua makanan yang ada dirumahnya.

Ioana dilahirkan sebagai bayi kerdil yang yang hanya seberat 3.5 paun, tetapi perkara ini semakin ketara bila Ioana meningkat remaja. Pada usia 13 tahun, saiz pinggang Ioana hanya 38 cm. Pada usia 20 tahun, saiz pinggangnya tetap sama. Pada mulanya Ioana kurang keyakinan diri disebabkan perkara ini dan jarang menghabiskan masa keluar rumah dan bergaul dengan orang ramai. Dia hanya menghabiskan masa makan jajan dan menonton televisyen di rumah.

Tetapi ada kalanya kekurangan juga boleh menjadi satu kelebihan. Selepas gambar Ioana yang berpinggang kecil beredar di Internet, dia menjadi popular. Ioana Spangenberg sekarang bertukar fikiran dan kini berbangga dengan saiz pinggang kecil yang baginya unik, pada usia 30 tahun dan tinggi 160 cm.

***

Sekitar temubual Encik Mohd Amran Mohd Haris, Pengarah Bahagian Bimbingan Seni Budaya JKKN secara langsung di TV 1 dalam Program Selamat Pagi Malaysia(SPM) pagi tadi.

Beliau ditemubual bagi mempromosikan UJIBAKAT TERBUKA pencarian ahli-ahli baru PERMATA Seni Tari yang akan diadakan pada 11-12 Februari 2012(Sabtu & Ahad) bermula jam 10.00 Pagi -5.00 Petang bertempat di Taman Budaya JKKN W.P.K.L, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur .Pencarian bakat anak-anak kecil PERMATA Seni Tari kini bermula. Serlahkan bakat anak anda di pentas dunia sebagai Duta Kecil Negara.

Jangan lupa tarikh Ujibakat pada sabtu dan ahad ini. Jumpa Anda Di Sana!…:)

Comments

comments