Gangguan Air Selangor Datang Lagi – 7 Wilayah Terkesan

air selangor

Air Selangor melalui kenyataan media mereka pada jam 3 petang telah mengesahkan bahawa terdapat gangguan bekalan air tidak berjadual di 7 wilayah bermula jam 6 petang hari ini.

Ini susulan dari laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berhubung pencemaran bau seakan pelarut di Sungai Selangor. 

Oleh kerana itu, empat loji terpaska dihentikan. Ini mengakibatkan sejumpah 1,139,008 akaun yang merangkumi 1,279 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Anda boleh rujuk pada lampiran rasmi Air Selangor di sini

Advertisement

Buat masa sekarang usaha untuk mencairkan bahan pelarut dan ‘flushing’ bahan pencemaran yang terdapat di dalam Sungai Selangor telah dilakukan dengan melepaskan air dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 300 juta liter sehari dan empangan Sungai Tinggi sebanyak 500 juta liter sehari.

Tiada kata putus mengenai penyambungan semula sumber bekalan air yang terkesan akibat pencemaran ini.

Sumber : Air Selangor

Comments

comments