Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Wilayah Petaling Sehingga Lewat Petang Ini

Gangguan bekalan air tidak berjadual akan menjejaskan 50 kawasan di Wilayah Petaling, berikutan paip pecah yang berlaku di Persimpangan Jalan Kerinci, Bukit Angkasa semalam.

Bekalan air mula ditutup pada jam 12 tengah malam tadi bagi memberi laluan pihak Air Selangor melakukan kerja-kerja pembaikan.

Syarikat Air Selangor mengeluarkan kenyataan tersebut melalui laman Facebook rasminya.
Kerja-kerja pembaikan ini, dijangka akan siap pada 6 petang hari ini (7 Ogos 2020).

Air Selangor turut memberitahu, bekalan air akan diagihkan ke kawasan-kawasan yang terlibat bagi membantu pengguna yang terjejas.

Sumber

Advertisement

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments