Gara-Gara Bosan, Remaja Buat Kerja ‘Gila’ Bakar Rumah Tidak Berpenghuni

Remaja perempuan bakar rumah

Tiada beban, batu pula digalas! Itulah perumpamaan yang menggambarkan perilaku empat remaja perempuan di Pennsylvania, Amerika Syarikat selepas membuat kerja ‘gila’ dengan membakar sebuah rumah.

Lebih mendukacitakan, mereka didakwa membakar rumah tidak berpenghuni di Pennsylvania itu sebelum memuat naik rakaman kebakaran itu di Snapchat. Berani ya.

Memetik laporan New York Post, polis menggunakan hantaran di media sosial itu bagi mengenal pasti suspek sebelum menahan empat remaja berusia antara 12 hingga 14 tahun itu.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada 3 April lalu di sebuah rumah jenis duplex di Ferndale.

Ketua Polis Ferndale, John Blake berkata, remaja perempuan itu membuat pengakuan mereka membakar rumah itu kerana kebosanan.

bakar rumah kerana bosan

Advertisement

Katanya, mereka menggunakan beberapa penyembur aerosol termasuk untuk serangga dan lysol untuk menyalakan api.

Sementara itu laporan menyebut, seorang pegawai polis dan bomba mengalami kecederaan ringan semasa memadamkan kebakaran itu. Sengaja betul kan!

Susulan remaja berkenaan didakwa melakukan pembakaran, ia telah menyebabkan malapetaka, menceroboh dan membahayakan orang lain.

Mereka kemudiannya dibebaskan dan perbicaraan kes mereka akan berlangsung di mahkamah juvana di Cambria.

Apa motif empat remaja ini ya? pelik sungguh. Kes ini masih disiasat dan semoga perilaku ‘tidak fikir panjang’ itu dapat lah diadili segera.

SUMBER

Comments

comments

SOURCEMetro