Gara-gara Payudara Isteri ‘Jatuh’ Di Hari Perkahwinan, Suami Enggan Lakukan Hubungan Intim

Kewujudan media sosial menyebabkan banyak cerita-cerita rumahtangga yang menarik dan pelik didedahkan kepada warganet. Dalam satu cerita tular, seorang pengguna Twitter mendedahkan bahawa seorang wanita yang tidak gemar memakai bra berdawai mengalami masalah payudara yang ‘jatuh’ atau melayut.

Lebih mengejutkan, suaminya sehingga tidak melakukan hubungan intim dengan wanita itu selama sebulan selepas majlis perkahwinan mereka kerana tidak sukakan bentuk payudara wanita itu.

Cerita itu mengejutkan ramai warganet kerana ia dianggap alasan terlalu remeh sehingga sanggup menangguhkan hubungan intim walaupun telah bergelar suami isteri sah.

“Susah jadi perempuan.”

Advertisement

“Manusia aneh.”

Seorang pengguna Twitter lain memberitahu cara untuk memilh bra yang betul supaya tidak rasa sakit.

Sudah tentu sikap si suami mengundang kritikan.

“Payudara ada macam-macam saiz dan bentuk. Normallah melayut sebab graviti.”

Mungkin lelaki yang mengharapkan bentuk payudara isteri yang sempurna ini menonton terlalu banyak video-video pornografi yang menampilkan aktres yang memakai implan payudara.

Iyalah, kalau hendak difikirkan logik, orang zaman dulu tidak mengenakan bra berdawai atau push-up tetapi perkahwinan mereka aman bahagia hingga ke akhir hayat, kan? – amazingnara.com

Comments

comments