Gara-Gara Pintu ‘Auto Lock’, Bapa Cemas Bayi 8 Bulan Terperangkap Dalam Kereta

Bomba selamatkan bayi

Seorang bapa berdepan detik cemas apabila anak perempuannya berusia setahun lapan bulan terperangkap di dalam kereta hampir 10 minit dalam kejadian di Taman Negeri Port Dickson.

Kejadian bermula selepas bapa kanak-kanak terbabit keluar sekejap daripada kereta dan tidak menyedari keretanya terkunci secara ‘auto lock’, ketika kejadian kanak-kanak itu sedar dan berada dalam keadaan cemas

Pihak bomba kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan kira-kira 7.58 pagi.

Perkara ini turut disahkanKetua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohd Hairul Izam Mazelan.

Segalanya berjalan lancar selepas anggota bomba menggunakan peralatan khas ‘air cushion automatic entry’ untuk membuka kunci bahagian dalam pintu kereta sebelah pemandu.

Susulan tindakan pantas si bapa, bayi itu masih lagi selamat. Malah, tiada kecederaan dilaporkan kepada mangsa.

Advertisement

Beliau berkata, kanak-kanak tersebut kemudian diserahkan kepada bapanya dalam keadaan selamat dan operasi terbabit ditamatkan kira-kira 8.15 pagi.

Syukurlah semuanya selamat. Moga dapat beri iktibar buat semua terutama yang mempunyai anak kecil. Sentiasalah berjaga-jaga ya.

SUMBER

 

Comments