Gara-Gara Tidak Tahu Memasak, Suami Sanggup Kurung Isteri Selama Empat Tahun Di Dalam Rumah

lokap polis

Seorang isteri di Jawa Barat, Indonesia mengharungi saat-saat pahit berumahtangga hanya kerana dirinya tidak pandai memasak. Sejak empat tahun lalu, suaminya nekad mengasari dan mengurungnya di dalam rumah mereka.

Laporan yang ditulis di sebuah portal tempatan menceritakan isteri yang berusia 17 tahun itu telah bernikah dengan suaminya, ketika remaja tersebut berusia 13 tahun dan suaminya pula dikatakan berusia 37 tahun.

Perbezaan umur yang hampir 24 tahun ketika berkahwin walaubagaimana pun tidak diketahui oleh jiran tetangga yang berada berhampiran dengan rumah mereka. Jiran-jiran tidak menyedari kehadiran remaja tersebut kerana suaminya sendiri merahsiakan perkahwinan mereka.

Pasangan ini tinggal di sebuah rumah sewa di Desa Kapasiran. Pada waktu siang ketika suaminya keluar untuk bekerja, remaja malang itu akan dikurung di dalam bilik utama yang mempunyai tandas di dalamnya.

Advertisement
penderaan
Gambar hiasan

Lebih menyedihkan, remaja tersebut tidak diberi makan selagi suaminya belum pulang. Kerap juga remaja tersebut dikasari oleh suaminya atas alasan yang remeh seperti tidak pandai memasak.

Remaja tersebut nekad untuk mengakhiri episod penderitaan hidupnya setelah melarikan diri ketika suaminya tidak berada di dalam rumah. Sabtu lalu, remaja tersebut telah meminta bantuan penduduk setempat.

Ketika ditemui oleh Ketua Griya Parung panjang Desa Kapasiran, remaja berkenaan dalam keadaan yang tidak terurus, kelihatan pucat, berbau dan mempunyai kesan lebam.

“Bau (badannya) busuk sampaikan penduduk hendak muntah dan matanya lebam bekas pukulan serta badannya kurus dan pucat.”

Penduduk setempat yang mengetahui kejadian tersebut tidak menyangka suami remaja tersebut sanggup melakukan penderaan terhadap isterinya sendiri. Lelaki tersebut sebelum ini dikenali sebagai seorang yang baik serta rajin bekerja.

penderaan
Gambar hiasan

Kewujudan isteri lelaki itu juga tidak diketahui kerana lelaki tersebut mengatakan dirinya belum pernah berkahwin.

Lelaki tersebut telah ditahan oleh Ketua Polis Parung Panjang selepas menerima laporan yang dibuat oleh keluarga remaja di Rangkasbitung, Banten.

Sumber 

Comments

comments