Gara-gara Tiga Hari Cuba Ingin Bersalin Di Rumah, Bayi Mati, Ibu Alami Pendarahan

206

Sebelum ini kisah doula yang cuba mempengaruhi golongan ibu bapa untuk mencuba melahirkan anak di rumah pernah menjadi tular dan menjana pelbagai reaksi. Terdapat kes di mana kelahiran di rumah menyebabkan ibu dan bayi tidak mendapat bantuan perubatan yang secukupnya dan mengakibatkan berlakunya kematian.

Terbaru, seorang doktor di Twitter mendedahkan, kerana ingin melahirkan bayi di rumah, seorang wanita bukan saja kehilangan anaknya yang meninggal dunia dalam kandungan, malah mengalami pendarahan.

Ibu itu dikatakan menunggu sehingga tiga hari untuk melahirkan bayinya sebelum membuat keputusan ke hospital.

Disebabkan bayinya sudah meninggal dunia dalam kandungan, doktor terpaksa menggunakan kaedah vakum untuk mengeluarkan mayat bayi itu.

Kelambatannya melahirkan anak juga menyebabkan kerosakan pada rahimnya, yang tidak mengalami kontraksi seperti mana lazimnya. Dia mengalami pendarahan setelah melahirkan dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

Untuk menghentikan pendarahan, doktor terpaksa membuang sebahagian dari uterus atau rahimnya.

Dr. Amzan Kamal menulis di Twitter:

Seorang ahli obstetrik mengambil masa sepuluh tahun dari sekolah perubatan, sehingga menjadi pegawai perubatan dan kemudian menjalani latihan kepakaran. Jadi memang membingungkan mengapa ada orang fikir melahirkan anak itu mudah.

Buat anak dan lahirkan anak bukan benda yang sama. Kejahilan mungkin tidak menyesakkan fikiran, namun ia boleh membunuh.

Bagaimanapun dalam kes terbaru ini, sebab sebenar ibu tersebut tidak mahu melahirkan anak ke hospital tidak dinyatakan. – amazingnara.com

Sumber: Dr Amzan Kamal

Comments

comments