Garuda Indonesia Perkenalkan Seragam Terbaru Diperbuat Dari Tenun Tekstil Untuk Kabin Krew

1376

Pakaian seragam bagi pramugari dan pramugara syarikat penerbangan sentiasa mencuri tumpuan penumpang. Setiap syarikat penerbangan mempunyai pakaian seragam mereka yang tersendiri.

Baru-baru ini pula, syarikat penerbangan Garuda Indonesia baru sahaja memperkenalkan pakaian seragam buat krew kabin mereka. Rekaan kali ini menggunakan “tenun” dimana mereka berhasrat memperkenalkan warisan Indonesia di seluruh dunia.

pakaian seragam garuda indonesia
Kredit: Didiet Maulana

“Kami dengan bangga memperkenalkan kepada anda pakaian eksklusif baru untuk pakaian seragam krew kami yang bertemakan Puspa Nusantara.”

Pakaian seragam yang direka oleh Didiet Maulana ini dibuat dari tekstil “tenun” yang dibuat oleh masyarakat setempat di Bali, Jogja dan banyak lagi. Pengenalan seragam baru ini dibuat untuk memberikan kelainan pada penumpang syarikat itu.

Pakaian seragam bagi kru wanita mendapat ilham dari Kebaya Kartini dengan sentuhan budaya Peranakan dan Bali. Manakala corak tenun bunga mewakili cinta, dan lengang melengkung diilhamkan oleh sayap Garuda Indonesia.

pakaian seragam
Kredit: Didiet Maulana

Bagi pakaian lelaki pula, diilhamkan oleh pakaian tradisional Beskap sementara selendangnya adalah ilham oleh Cravat. Pakaian seragam lelaki mendapat sentuhan tradisional dan juga moden.

pakaian seragam
Kredit: Didiet Maulana

pakaian seragam
Kredit: Didiet Maulana

Pakaian seragam terbaru Garuda Indonesia mula digunakan secara rasmi untuk penerbangan bermula pada hari ini.

Comments

comments